Saturday, January 21, 2012

Bermula Lagi : CD1 Januari 2012

11:22 PM 0 Comments
Sesak. Sesak. Bleh lupa lak berapa hb CD1 bln lepas.
Salu aku tick kat memana. Tp bln lepas aku mmg rasa maleh nak buat apa2 pun.
Maka, langsung lupa.
Tp aku tau, mmg dia tak lari jauh. Dlm 28 hari gak nih rasanya.

Tkpe, mulai skang aku kena coretkan kat sini lah.
Sng nak igt.
So, today is CD1 ya.

Lps tu nak tulis gak apa usaha yg da buat.
Supaya bleh menjadi konsisten. Lps da lama konsisten, tp tak menjadi, bleh la let go kan usaha tu.

Oke, last month - Jus Perawan.
Tp makan pagi je. Tp tu pun ada gak skip2.
Balik kg tak bawak balik. So, tak makan.
So, bln ni akan sambung lagi Jus Perawan.
Mau makan smpai abis 2 botol. *jadinya da 3 botol lah*
If tak menjadi, tukar lain plak.

Bln ni rasa nak try balik buat BBT.
Lama da tak buat secara seriyes.
Tp bln ni buat cam warming up je  lah dulu.
Next cycle baru buat secara siyes.
Eh. Termometer aku da tk bunyi beep beep plak bila da 2minit.
Rosak ke bateri takde.

Mana lak nak halanya nak tukar bateri termometer ni ah?


So, itu je. Cuma nak catit kan CD1 ni agar aku tak terlupa.

Oh. Nak ucap tahniah kat Eimma - antara TTCians yg awal2 aku kenal.
Akhirnya berkat doa dan usaha, Allah kurniakan dia rezeki terindah itu :)

kredit : baby

Wednesday, January 18, 2012

Jangan Angkuh Dan Sombong

2:31 PM 5 Comments
Dengan rezeki yang diberikan.
Kerana Dia lah pemberi rezeki.
Dan Dia juga lah boleh menarik rezeki itu.
Bila bila masa.

Mungkin si penutur tidak bermaksud.
Tp bagi kami yg ber TTC, memang terasa seperti ada keangkuhan dan bongkak pada tutur kata yang dikeluarkan.
Kau begitu bangga dengan rezeki mu yang lebih awal.
Kau begitu bangga berkata sesuatu yang masih 'jauh' perjalanannya.
Setiap bait ayat yang berkaitan, pasti nya menunjukkan kamu angkuh dengan rezeki kamu itu.

Mungkin juga aku yang terlebih sensitive. 
Tp kalo terlalu kerap diungkapkan, mmg menjadi angkuh.
Masing2 ada rezeki tersendiri. Jangan terlupa rezeki itu datang dari Nya. 
Rezeki tu pun masih terlalu awal. Terlalu.
Jangan rasa diri mu paling hebat.

Ya Allah,
aku mohon padamu, jika satu hari nati ditakdirkan aku merasai rezeki itu.
Jauh kan lah aku dari sifat sombong dan bongkak.
Jauhkan lah aku dari berasa angkuh dengan rezeki ini yang mana orang lain masih ada yg ternanti.

Bila kita berada di atas, jgn sesekali terasa diri mmg  selamanya di atas.
Kerana yang di atas itu, bila terjatuh, sakitnya akan lebih terasa.
Malah mungkin membawa kebinasaan!

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada setiap orang yang sombong, takbur lagi membanggakan diri."

(Surah Luqman, ayat 18)

Saturday, January 14, 2012

IVF dan TAFF

10:24 AM 3 Comments
Berita selanjutnya : BeritaHarian

Seronok baca citer camni.
Lama menunggu. Sepasang terus dapat.
Alhamdulillah.

Aku tak igt samada aku penah cerita dlm ni atau sekadar meng google berkenaan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF). Tp ini ada lagi artikel berkaitan TAFF ni.
Berita Harian
Memang ada kriteria2 cam umur, gaji, tempoh perkahwinan nak apply ni dan mmg ramai la yg menunggu.  Kalo asben n wife bergaji dgn jawatan degree, rasa mmg tak diutamakan. Tp, apa salahnya mencuba. Mana tau ada rezeki kan.

Wednesday, January 4, 2012

Malas Nak Serabut

1:00 PM 8 Comments
Lama tersadai blog ni. Takde apa citer sgt la berkenaan TTC skang ni. Tp ada gak la idea2 nak menulis, cuma cam eh, nati la, nati la. Dari nati la, nati la langsung tak tulis. Kasihannn blog ni.

Hari ni start sekolah. Ramai yg sebaya aku nganta anak ke sekolah utk masuk darjah 1. Malah yg sebaya anak lebih darjah 1 pun ada. Alahai. Kalo pikir2 sedih woh. Aku apa pun takde. Tah 7 tahun lagi, 17 tahun lagi ke, Allah je yg Maha Mengetahui.

Seronok kan tgk org yg 'complete' life nyer nih.
Ada anak-anak, ada suami keja bes, ada rumah sendiri yg selesa, kerja pun bes-bes.
Tipu la kalo kata takde terselit rasa 'jeles'.

Naluri manusia kan.
Tp cecepat beristigfar. Semua tu Allah dah tentukan.

Allah takkan menzalimi hambaNya. Itu yg pasti.

Anak?

Aku da malas nak pikir sgt.

Bercakap dgn CC kat opis ni camtu. Dia kata 'eh, mana buleh camtu, umo da meningkat nih'.
Yer. Aku tahu tu. Umo aku da 32 tahun. Tp seorang anak pun takde. Sedangkan kawan2 lain umor 32 da sebuk antar amik anak kat sekolah. Aku? Kengkadang mmg rasa loser. Kalo takde iman mmg da merapu2 da jadinya. Tp kembali kepada ketentuanNya. Qada dan Qadar nya. 

Nak anak semata2 tanak rasa cam loser?
Tak ikhlas tu kan.
Tu sbb aku biar je dulu. Sbb Allah Maha Mengetahui. Kenapa dia belum bagi lagi rezeki tu kan. 

Skang ni apa aku nak kata - mmg aku malas.
Malas nak pikir pasal treatment. Kat LPPKN tu pun agaknya da 'expired' nama aku kut.
Aku rasa aku nak smbg treatment kat tpt lain lah. Aku takmo la terus2 ke IUI. Mahu la terai secara natural, dibantu oleh2 ubat-ubatan. IUI tu mcm last resort tu. 

Tp nak smbg tpt lain pun, apa pun aku tak buat. Nak buat appoinment malas giler kot. Apa aku tau adalah - nak gi holiday, nak gi jalan2. Ha.. itu je lah. Sapa salu duk kebun stoberi sanun, tau la apa aku plan kan. Malas la nak serabut2 kelapa kepala.  Skang tggu masuk umah baru dulu, smbil tu jalan2, dah settle duk dendiam kat umah baru tu, baru sambung (kot). Smbil tu usaha la lelain. Minum Jus Perawan ke apa ke, tp nak ke klinik. Maleh!

google
*Tahniah kepada salah sorang rakan TTC Corner. Ada 25 kami semenya. Dan dia yg sulung menerima rezeki gembira ini. Da 10mggu pun. Tahniah adik ku :)

Monday, January 2, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

11:00 AM 1 Comments
Google

Selamat Tahun Baru utk semua rakan2 TTC yang disayangi.
Tinggalkan segala kedukaan di tahun 2011.
Kita bina kegembiraan utk tahun 2012 ini.
Doa saya, utk rakan semua juga utk diri saya sendiri, moga ada rezki utk kita menerima berita yg kita tunggu2 selama ini - pada tahun 2012 ini.
Insyaallah.

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers