Thursday, November 29, 2012

Bukan Tidak Subur, Tapi Belum Masanya

12:44 PM

Mungkin di luar sana, mengandaikan kami golongan tidak subur. Ada yg mendefinisikan sebagai tidak mempunyai anak dalam tempoh setahun selepas perkahwinan adalah tidak subur. Terkadang, sememangnya menyebabkan kita rasa stress.

Tidak subur?
Atau
Belum tiba masanya?

Sedangkan Allah Maha Mengetahui untuk kita.

Pada yg tidak dikategorikan dalam definisi 'tidak subur' tu, bersyukur lah dan jangan pula sewenang-wenangnya mengandaikan kami - para TTC - tidak subur. Jangan pula ada riak takbur bila diri itu subur. Utk diri sendiri juga, aku mengingatkan apa sahaja rezeki yg kita dapat bukan milik kita, tp milik Allah. Sekelip mata boleh diambil balik.

****
Bacaan yang amik baik utk memotivasikan diri - Allah Bukan Tidak Menjawab Kamu

Allah bukan tidak menjawab, tetapi Dia Maha Tahu bila hendak menjawab

Lama bertahan kadangkala membuatkan kita kecewa. Lebih menyakitkan hati, apabila kita cuba meluahkan penderitaan kita, orang lain hanya tahu menyatakan sabar sahaja. Sedangkan yang kita perlu adalah ‘tindakan’, bukan sekadar bicara-perkataan.

Tetapi apabila kita balik kepada hakikat ujian tadi, dan tujuannya, bukankah hati sudah sedikit tenang? Nyata di dalam ujian itu juga yang ada hanyalah kebaikan-kebaikan sahaja.

“Yalah, aku faham semua itu, tetapi aku manusia.”

Ya, saya faham. Saya juga manusia. Sebab itulah saya bermula dengan kebersihan iman, dan mengajak kita memahami hakikat ujian. Sebab saya sendiri pernah gugur dan jatuh. Bukan sekali dua, bahkan berkali-kali. Tersungkur, saat-saat merasakan diri ini ditinggalkan. Pernah hendak cuba menjerit ke langit dan memarahi Allah, pernah juga terfikir untuk merajuk dengan dunia dan menghentikan kehidupan. Saya pernah bersedih hingga ke tahap itu. Dan saya yakin, esok lusa akan ada lagi ujian-ujian yang lebih hebat dari yang pernah saya lalui, yang akan membuatkan saya terlutut semula.

Tetapi, ada kelainan apabila kita memahami apakah itu ujian? Mengapakah diturunkan ujian? Apakah tujuan ujian? Ada perbezaannya apabila kita memahaminya. Apatah lagi apabila kita punya keyakinan terhadap Tuan Punya Ujian.

Akhirnya, lama-kelamaan, saya melihat bahawa putus asa itu sebenarnya berlawanan dengan kewarasan akal. Akhirnya saya berjaya melihat bahawa, menjerit ke langit itu berlawanan dengan kewarasan akal. Begitu juga merajuk dengan dunia dan menghentikan kehidupan. Sebab sebenarnya, kita ada satu lagi pilihan. Itulah dia terus bertahan.

Allah bukan tidak menjawab segala doa, segala solat hajat, segala aduan, segala permintaan. Dia Maha Mendengar, dan tiada tempat pengaduan yang lebih baik daripada Dia. Tinggal, Dia itu juga bukan sekadar Maha Mendengar, bukan sekadar Maha Pemakbul Doa, tetapi Dia juga adalah Yang Maha Tahu Atas Segala-galanya. Dia Maha Tahu bilakah waktu yang sesuai untuk menjawab doa kita, untuk memakbulkan permintaan kita. Dia Maha Tahu kemampuan kita, sampai bilakah kita mampu bertahan. Dia Maha Tahu, apakah manfaatnya ujian yang Dia turunkan kepada kita.

Sebab itu, lihatlah firman-firmanNya berkenaan dengan ‘kelewatan’ pertolonganNya. Semua punya bonus.

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” Surah Al-Baqarah ayat 214.

Bagaimana agaknya, orang-orang yang teruji, sampai rasa tidak punya lagi harapan, dan pada saat itu sampailah pertolongan yang selama ini diharapkan? Bukankah kekuatannya akan lebih tertingkat? Bukankah dia akan menjadi yang lebih bersyukur? Bukankah keimanannya akan melonjak?

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.” Surah At-Taubah ayat 25-26.

Saat-saat sebahagian manusia telah berputus asa dan berundur, dan sebahagian lain pula kekal bertahan dalam keadaan kekalahan, bukankah apabila Allah turunkan pertolongan pada saat itu akan berlakunya peningkatan terhadap yang kekal percaya? Bukankah telah tertapis daripada golongan pejuang itu mereka yang benar-benar ikhlas memperjuangkan agama Allah?

Sebab itu, Allah Maha Tahu bilakah hendak menjawab doa-doa hambaNya.

Dia tahu waktu dan ketikanya.

Yang tinggal adalah kita. Apakah mahu kekal bertahan dan percaya? Atau mengalah, menjadi yang rugi selama-lamanya?


Wednesday, November 28, 2012

Habbatus Sauda

8:44 AM
Salah satu amalan makanan tambahan yang biasa disebut2 juga oleh TTCians.
Sebelum ni tak pernah 'terbeli' lagi.
Tapi masa gi MAHA 2 ari lepas, terjumpa lak Habbatus Sauda.
Biasa dalam bentuk kapsul (which, aku rasa ada problem aku nak telan. Huhu), tp ini dlm bentuk cam serbuk kasar. 
Yang macam begini
kredit : Here
Oke lah. Aku beli 2 botol. Katanya amik secubit pagi (sebelum makan apa2) dan secubit malam. Dan kalau nak "bersama" bolehlah dimakan setengah jam sebelum itu.
Suami buleh makan, isteri boleh makan.
Tapi, dari apa yg aku baca, khasiat dia more to husband lah. Contoh utk memperbanyakkan sperma.


Kesuburan
Gagalnya kehamilan karena sperma encer. Jumlah sperma yang sedikit menjadi kendala untuk memperoleh keturunan. Asam lemak tak jenuh pada jintan hitam meningkatkan aktivitas enzim 17-betahydroxy steroid dehydrogenase. Enzim itu berperan dalam sintesis testosteron. Hormon itu penting dalam proses spermatogenesis. Bentuk yang tak sempurna juga mempengaruhi gerak sperma.

Tapi yg isteri pun buleh je makan. Kalau nak campur dgn madu pun boleh, nak taruk dalam masakan pun boleh. Kalo dgn madu tu, masukkan dia dalam madu yg dah dicampur dgn air suam. Kalau dgn susu kambing pun buleh, tp kena susu kambing yg suam. 


Instead of serbuk, kiterang beli gak yg minyak. Ni pun buleh tambah juga setitik dua dalam minuman.


Boleh google saja utk khasiat habbatus sauda atau dari sini pun ada

Mari lah kita sesama mencuba dan berusaha utk mendapatkan anugerah yg tidak ternilai itu. Biarlah orang kata kita tak subur pun, asalkan kita yakin dan percaya - Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik utk kita :)

p/s: New cycle again... cam biasa.. on d dot.. 28hari - bermula 21 November. Ingat nak buat BBT semula bln ni, tp aktiviti yg padatttt bulan ni tidak memungkinkan aku nak ber BBT bagai. Minum susu kambing, madu n habbatus sauda saja lah nampaknya bulan ni.

Friday, November 2, 2012

Misi Segenggam Kurma : 1st Day

8:37 AM
Alhamdulillah.
Sudah mulakan misi segenggam kurma.

Rasanya??
Alhamdulillah... takde rasa yg 'tidak selesa'.
Sedap je.

Takde bau yg tidak menyenangkan pun.
Entah. Mmg sbb susu ni mmg tak berbau ke.
Atau pun minda aku dah set, yg menda ni takde bau ke, aku pun tak pasti. Tp aku buleh minum senang je.
Lain dgn Hi-Goat tu, walo orang kata tak bau la, takde apa lah, tetap aku rasa ada bau. Mungkin sbb aku da set mind aku, susu kambing - ada bau. Jadi, macam tak lalu.

Susu tu aku letak dlm freezer, beku kan dulu (sbb beku, buleh tahan sebulan)
Lps tu smlm sblm g keja turunkan kat bawah.
Pagi tadi bangun tidur, keluarkan 2 botol dari peti ais, rendam dalam air panas.
Biar dalam 10minit camtu, amik kurma (buat la kaedah segenggam kurma tu), masuk dlm 'cawan' blender, campur susu, blend. Then trus minum.

Senang dan mudah.
Sbb aku mmg ada multipurpose blender yg cemgini. Ada cawan dia siap.

kredit : Groupon

Tp bukan la brand ni. Lama dah aku beli. Masa Perfect Living ke Homedec ke tah. 3 tahun lps rasanya. Tp kalo sesapa takde blender camni, aku rasa buleh je beli. Skang tak silap, Pensonic pun ada jual. Tp aku tatau set dia byk camni ke tak.
Byk kegunaan blender ni.
Boleh buat air soya, ice blended, smoothie dan paling mudah kalo nak buat sambal tumis ke apa. Cukup mudah. Dia ada 3 jenis chopper. Jadi, boleh khaskan satu chopper utk bahan2 pedas. Cam aku buat utk blend kurma ni, aku guna chopper lain. Chopper utk buat daging cincang pun ada.

Cam utk buat susu kambing blend ni kan, terus je masuk dlm cawan tu. Mmg 2 botol tu tak cukup la utk satu cawan, tp blend je dulu, minum then tambah la. Utk yg pertama kali ni aku buat 2 botol blend sekali.
Tp utk esuk2, boleh buat asing. So, blend lah dalam 2 cawan yg berasingan.

Simple. Dari dulu taknak buat kan.
Tapi, kalo orang tanya apa rasa susu ni, aku boleh katakan, sedap je bila campur dgn kurma. Manis kurma tu akan menyedapkan rasa susu. No worries, sbb aku mmg kategori 'liat' nak minum susu. Minum Anlene pun kena tambah milo. Tp yg ni oke. Bes. Alhamdulillah.


MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers