Wednesday, November 16, 2016

Our Precious Rizq Iskandar

3:00 PM


♥ jangan putus asa dan terus berdoa.



♥ Rahmat Allah sentiasa ada untuk kita sebagai hambaNya.



♥ bukti kekuasaan dan rahmat Allah.
♥ doa kami dimakbulkan Allah pada ketika usia perkahwinan kami menginjak 7 tahun 6 bulan.
♥teruskan berdoa dan berdoa.
♥sucikan hati dan jangan ada sekelumit pun rasa negatif dalam diri.
♥jika mampu, pergi umrah. Berdoa lah sepuasnya di sana.
♥selain doa untuk diri sendiri, doa lah untuk orang lain juga.


p/s : Pregnancy journey, saya akan masukkan pada bulan2 sebelum ini. Sapa nak baca, buleh la klik entry yang bermula dari bulan September 2015 :)

Saturday, October 22, 2016

IUI Berjaya 2

8:00 AM 8 Comments
Sekali lagi, first n foremost, Alhamdulillah..
Terima kasih Allah dengan rezeki ini.
Tu hari dah ada kesah "sebelum IUI"
Kali ni kita share "semasa dan selepas prosedur IUI"

*Persediaan Minda.
Ini sebelum, semasa dan selepas IUI.
Cukup penting. Bukan senang kita nak set minda kita bila dah buat IUI.
Sebelum buat IUI, cari cerita kejayaan IUI.
Biasanya kalau forum oversea byk cerita kejayaan ni.
Sebenarnya dalam TWW tu elok kita 'menyendiri'. No, I mean bukan lah pergi masuk gua memana, lepas tu memencilkan diri. Maksudnya just wait. 
Antara artikel yang ada pengalaman orang berjaya - BFP by IUI
Jangan baca blog orang yg tak berjaya. Carik blog yg berjaya.

*Pemakanan
Bila baca ramai yang cakap jangan makan pedas, jangan makan masam, jangan makan itu, jangan makan ini.
Tahu dak kat oversea, depa siap makan pineapple core lps IUI. Haha. Pitam.
Itu ai tak berani lah. Giler ko. Nanas tu.
Tapi, saya tak strict sgt dalam bab makan ni.

Saya kerap buat jus avocado (blend avocado+fresh milk+coklat). Makan buah delima (memula makan delima buang bijik, rupanya kena kunyah bijik dia ye. Hihi).
Telur dadar/telur mata kerbau memang kerap saya makan.

Apa yang tak makan - laksa (walau ini feveret dan mak nak buat masa raya haji. Huhu. Nanges. Dan mungkin lama juga saya kena pantang laksa ni), lemang (raya haji ada lemang, tp saya takut sbb makanan tu dari dalam buluh, buluh kan sifatnya tajam), ais (sejak mula period utk cycle IUI - minum air suam je), ayam (saya macam ada terbaca jangan makan ayam, tapi tak ingat kat mana dan kenapa. Ayam organik boleh kot. Dalam TWW mmg tak makan ayam langsung lah). Fast food (McD/KFC mmg saya tak makan lama dah).

Orang kata jangan makan pedas - being me, saya mmg tak selera kalau tak pedas ni. Cili padi tu feveret utk tambah dalam masakan. Masa lepas operation laps dulu, dalam 2,3 hari je kot saya tak makan pedas. Lepas tu, saya curi curi makan gak sket sambal tumis ikan bilis. Hehe. Jadi, kesimpulannya mmg saya tak pantang pedas. 2 hari sebelum test upt, saya makan ikan patin tempoyak yang pedas. Siap hirup kuah tu. Masa teringin sungguh rasanya. Beli kat Gobang Maju. Memang la awesome tempoyak situ.
Sebenar, ikut ketahanan badan lah. Dan being moderate. Jangan tibai macam kita takde apa2. Jangan plak kita gi kunyah cili tu. Beragak lah kata orang tu.

*Rehat
Saya cuma cuti masa prosedur, dan keesukannya. Cuma, sbb saya buat sebelum weekend. Jadi, dapat juga lah berehat agak lama.
Itu pun saya takde lah bed-rest je.
Ye lah, masa tu nak raya kan. Tapi, rehat tu adalah. Cuma berpada pada. Takde la makan tido kat katil. 

SELEPAS

*Imiginasi/visualisasikan
Kedengaran macam agak tak berapa nak masuk akal. Tapi, cubalah. Kalau google web omputih pun ada tips ni. Namanya visualization technique "
You simply visualize what is going to happen with the sperm and the egg in your body as the procedure is being performed. Although we are not sure how this works, there has been a bit of research showing that the mind does have power over the body.
[kredit link : iui success tips]
Selepas prosedur IUI dijalankan, malam tu saya asyik tgk utube berkaitan "fertilization". Banyak sgt kat utube berkaitan ini. Atau boleh tgk video 'iui procedure'.
Just imagine yang sperm dan berjumpa dengan telur kita. Sambil tgk, sambil usap perut.
Fikirkan perkara ini sangat simple. Pertemuan ovum dan sperma. Dalam ribuan sperma yang dibasuh tadi mesti ada yg dah berjaya bertemu dengan ovum kan?
Jadi, esuknya pun kita tgk, apa terjadi pada hari kedua fertilization dan hari2 seterusnya. Sehinggalah hari ke 7 dimana penempelan telah berlaku.

*Solat duduk.
Selepas prosedur, ada bleeding. Maybe dari speculum tu.
Jadi, saya solat duduk (utk 2 hari je). Lepas tu macam tak boleh duduk atas tempat keras. Cam kerusi meja makan saya jenis keras tu. Terus je beli lapik span. Baru rasa selesa. 

*Doa
Dalam tempoh TWW ni doa adalah paling utama.
Instead of berdoa "Ya Allah, semoga IUI ku ini berjaya", mohon direct doa "Ya Allah, berjayakanlah IUI ku ini"
Seterusnya kerap solat hajat dan solat taubat.

*Positif
Jika ada bleeding selepas prosedur, jangan cepat bersedih. Jangan tune otak, tak jadi la ni.. dah berdarah. No. Never.
Jika cramp dekat2 nak hari ke 14 tu, jangan cepat down. Jangan ingat period nak mai.
Don't ever think - nak period lah ni.
Juga, fikirkan IUI ini berjaya. Tak kira lah % rendah ke apa ke. Tak payah fikir tak berjaya. Fikir, yg percent rendah berjaya tu lah ada aku. Mesti berjaya. Mesti berjaya.
Jangan tertanya2 berjaya ke tidak. Sabar. Tunggu lah DPIUI 14 - terus check. Ini untuk orang yg periodnya regular. Kalau tak regular, ada jugak cara dia.
So, sabar. Dan positif.

*Keep feet warm
Ini pun jumpa masa google iui success tips - tapi tak dapat detect kat mana dah. Lupa. Tapi, mmg dia ada tulis 'keep feet warm'
Tak tahu apa kaitan, tapi saya tido pakai stokin dalam tempoh TWW. Juga pakai selipar bulu2 dalam rumah.
Bila keluar rumah plak, mmg berstokin, so takde problem yang ni :)

*Remain silent
Sebelum pun kita dah silent kan, masa IUI, lepas IUI pun kita remain silent.
Mana yang tahu, tahu lah. Mana yang tak tahu, biarkan mereka tak tahu.
Berjaya atau tak berjaya, biarlah kita yang handle dulu.
Mereka akan tahu bila sampai waktunya. Sabar ya.
Tak perlu setiap hari update status begitu begini.
Dalam bebanyak yg gembira dengan usaha kita, maybe ada yg rasa tak senang.
So, biar kita berdiam seketika.
For me, mmg tak ramai langsung yg tahu bila date sebenar saya buat IUI. Hanya 2,3 orang je tahu. Selebihnya, depa tahu kita buat IUI, tapi tak tahu bila. Remain silent.


*Terus amalkan pemakanan sihat
Saya terus amalkan minum air suam, tak makan fast food, air gas dll yang tak menyihatkan. Tapi, lps IUI ni tak payah lah kita nak bersenam bagai kan. Biar banyak berehat. Jangan lasak-lasak. Tak payah dah pakai high heels bagai. Just sandal biasa. Kalau terpaksa naik tangga, jln slow slow.


Tuesday, October 11, 2016

IUI Berjaya

3:13 PM 0 Comments

Alhamdulillah. Syukur pada Allah.
First and foremost, kejayaan ini adalah dengan izin Allah.
Kita berusaha, berikhtiar, Allah yang tentukan.
IUI ini adalah ikhtiar kita. Yang nyata, Allah datangkan rezeki dengan cara ini. Terima kasih Allah.

Saya akan share apa yg saya buat sebelum, dan semasa menjalani prosedur IUI.
Ini lah bukan "tips berjaya IUI", tapi mungkin ada sesuatu yang boleh kita kongsikan bersama. Kembali kepada paragraph pertama - semua ini adalah rezeki dan izin dari Allah :)

SEBELUM

*Mencari tempat rawatan yang selesa

Antara ketiga tiga tempat rawatan yang pernah saya pergi, KL Fertility Centre adalah tempat rawatan yang paling saya rasa selesa, paling saya suka.
Bukan lah saya katakan 2 tempat sebelum ini tak bagus. Kedua-duanya pun memang bagus. Kalau tidak masakan beratur orang pergi kan. Tapi kat KL Fert, memang saya selesa.
Selesa dengan persekitaran. Selesa dengan layanan doktor, nurses, dan semua staff nya. Tak keterlaluan saya katakan semua staff sini baik-baik belaka. Perjalanan rawatan saya kali ni memang dipermudahkan. Alhamdulillah :)
Selama ni saya tak pernah suka utk appointment, tapi kalau ke KL Fert, saya suka! Nak pergi appmt memang tertunggu2. Seriyes. Secara total, saya rasa berbaloi dengan apa yang saya bayar.
Walau bayaran parking boleh tahan mahal (tp ada diskaun sbb kita buat rawatan), tapi tak rasa rengsa pun.
Jadi, carilah tempat rawatan yang selesa untuk kita. Itu penting utk motivate diri kita untuk buat rawatan. Kita tak rasa terpaksa, malahan rasa seronok je.

*Badan yang sihat.

Sistem badan kita dengan orang yg senang conceive mmg  berbeza. Ada orang kerap makan McD, togok bergelen2 coke, pun takde apa. Malahan, setiap tahun beranak. Tapi kita?
Jadi, kita cubalah perbaiki sistem badan kita. 
Sejak buat operation 'laps' tahun 2013, saya kurangkan makan fast-food/processed food. No more maggi as "stok kot2 lapar tengah malam" kat rumah. No more minuman berpewarna/perisa/kordial/gas. Saya mmg banyak berjuicing. Invest beli slow juicer. KFC, McD pun jarang2. Setahun dalam 2,3kali je. Itu pun kalau betul2 teringin.
Selain tu rajin2 lah exercise. Yang ni saya akui, saya jarang exercise. Ada takde, saya berzumba kat rumah :P.

*Minum air  yang mencukupi

Have to. Nak conceive atau tidak, mmg kita perlu minum air mengikut keperluan badan. Ada kiraan dia, tapi kalau dalam berat biasa2 ni dalam 2liter - 2.5liter lah sehari. Boleh google lah berapa keperluan air untuk badan kita. Air ni boleh je air apa2 pun. Tapi, kalau caffeine ke, air gas ke, kordial ke, kan tak bagus. Jadi, stick to air kosong. Much better. Boleh letak lemon. Takyah la air detox fancy2 tu. Mula mmg excited, lelama...? Baik la taruk lemon slice je.
Mula2 mmg tak biasa, tapi lama kelamaan, badan kita sendiri tahu kita perlukan air. Cumanya saya kurangkan kalau pergi berjalan/outstation. Kuasa jugak asyik ke toilet kan?.
Minum. Minum dan minum. Nak terkencing? Tak mengapa lah. Itu detox semulajadi tu. Biasanya saya akan bawa bekal 2liter air ke office. Habiskan waktu ofis.
Banyak sangat kebaikan minum air mencukupi ni. Rugi sangat kalau tak amalkan.

*Supplemen

Saya akui, saya langsung tak ambik any supplemen lepas setahun saya operation. Kira dalam tahun 2014 tu mmg tak makan vitamin pun. Buat  bodo ja. Hehe. Plus, saya mmg susah makan supplement. Kalau beli pun pastu mesti culas.
And one thing, saya ni mmg bukan jenis yg suka try supplement yang orang2 jual online. Never. Ada lah sekali saya beli. Mahal. satu botol dalam RM100. Dia jenis cecair. Makan la dalam seminggu. Lepas tu takut sendiri. Sbb tgk takde alamat kilang apa. Entah apa bahan agaknya. Saya stop. 
Sehingga lah start treatment dengan Doc Tasha. Lepas dia prescribed kan beberapa vitamin, saya pun jadi displin dan makan dengan teratur. Alhamdullillah. Saya jadikan emak sebagai sumber inspirasi. Emak ada darah tinggi, dan memang sebeban ubat emak kena makan setiap hari. Kalau emak boleh, takkan saya tak boleh.

Jadi, saya syukur jugak lah sbb saya dapat conceive tanpa supplement online atau produk subur seperti yang diiklan di laman sosial =)

*Dekatkan diri dengan Allah

Saya percaya, semua orang buat ini. Tapi terkadang kita ni terkhilaf. Dulu saya acuh tak acuh tentang aurat. Juga culas dalam baca Al Quran. Solat sunat mmg jarang sekali.
Sejak balik umrah (bulan 4), Alhamdulillah saya berdikit2 menjaga aurat. Stokin wajib dipakai (mula memang lah rasa kekok, tapi lama kelamaan dah biasa). Mula pakai handsock. Mula nak jaga aurat dengan sebaiknya. Pergi rumah mertua, pun jaga aurat dengan ipar/biras lelaki.
Saya mula baca Al Quran beserta tafsir. Dan set target, saya mesti habiskan baca Al-Quran beserta tafsir dalam tempoh 4bulan. Berdikit2 lah kata orang tu. Ye lah, kalau target sebulan pun tak guna juga kalau kita buat kelam kabut kan. Biar lah target 4 bulan, tapi mungkin dapat cecah dalam masa 3bulan, 2 bulan.
Ya Allah.. tenangnya hati bila kita memahami ayat Al Quran. Dan bila kita tak baca Al Quran sehari rasa macam ada tak kena. Saya baca selepas Maghrib dan selepas Subuh. Oh. Saya juga bangun awal sebelum azan Subuh (sesuatu yang saya sukar lakukan sebelum ini). Solat tahajud, solat taubat. 
Masa bulan puasa tu hari juga dapat buat amalan di malam Lailatul Qadr. Hingga ada orang perli di IG mengatakan jgn sebuk mencari Lailatul Qadr bila saya up gambar tanda2 Lailatul Qadr. Dia perli melalui IG nya pula. Takpe. Pedulikan. Dia rasa dia bagus sbb hehari baca Al Quran, hehari bertahajud. Kita teruskan berdoa. Mana tahu, mmg ada satu malam tu mmg malam Lailatul Qadr. Kan? 
Solat sunat Dhuha - ini pun banyak membantu. Menambah rezeki. Dengan izin Allah. Tidak banyak, sedikit pasti ada rezeki yg kita tak sangka datang pada kita. Cuba lah.

*Sedekah

Amalan ni pun memang saya percaya semua orang amalkan.
Jadi teruskan. Saya pernah terbaca dulu ada orang buat tabung "sedekah pagi". Saya pun start buat tabung tu. Jadi, bebila asben pergi solat Jumaat, saya kirim. Kalau ada di office buat kutipan, saya gunakan duit sedekah pagi saya ini.

*Doa

Doa. Doa. Dan terus berdoa.
Allah tahu apa terbaik untuk kita.
Yakin lah dengan Allah.

Kalau ada kemampuan, pergi umrah dan berdoa di tempat mustajab di sana.
Saya dapat berdoa di Hijr Ismail dan dalam Raudhah.
Bila dapat masuk tempat2 ni (yang sememangnya sesak), doa lah sesungguh hati kita. Minta la sesungguhnya. Memang sebak rasanya bila diingatkan balik esp masa kat Raudhah. Dengan keadaan bersesak mmg tak rasa dapat peluang bersujud, tapi Allah bantu kita. Dipermudahkannya. Ya Allah.. terima kasih Allah... masa tu lah kita berdoa sesungguhnya.
Termasuk masa lakukan tawaf pun. Doa lah sesungguh hati kita. Masa saie pun sama. Saya tambahkan doa, sebagaimana Siti Hajar yang bersungguh mencari air untuk anaknya Ismail, kita pun mohon lah agar kita pun dikurniakan rezeki utk ada anak juga. Doa lah dimana saja masa kat sana.

Kalau takde peluang utk buat umrah pun takpe. Banyak waktu2 mustajab berdoa, seperti hari Jumaat, petang Jumaat lps Asar, waktu hujan lebat, ketika berbuka puasa. Gunakan semua waktu tu.


*Cuba Positif

Jangan terlampau berfikir kalau...kalau.. kalau.. fikirkan jadi je. Takpe. Tapi, kena pandai kontrol jugak. Jangan terlampau fikir jadi, nanti tak jadi, kita pulak akan jadi down.
Maksudnya di sini, kena positif dan pandai kontrol emosi.
Ini penting. Jangan belum buat rawatan pun dah rasa susah ni..susah.

*Tutup FB

Hehe. Ye, takde kaitan. Tapi, kalau anda orang yg cepat runsing, better deactivated dulu FB. Saya deactivated FB sejak saya menunaikan umrah. Dan sampai sekarang saya dah tak aktif langsung. Ada sekejap saya masuk. Tapi, seriyes, saya dah tak boleh cope apa menda yang ada dalam FB tu.
Tapi, kalau anda orang yg berhati kental, yang tak boleh hidup tanpa FB, takpe lah.. teruskan lah ber FB.

*Be silent

Saya tak tahu samada kaedah ini berkesan atau tak, tapi saya rasa elok kita silentkan seketika pada orang lain berkaitan rawatan kita buat.
Dia camni, ada orang tahu - tahu lah.
Tapi, kalau orang tak tahu, tak perlu lah kita heboh2kan.
Kita tak tahu, dalam ramai2 yang suka tgk kebahagiaan kita, terselit juga orang yang tak suka tgk kegembiraan kita. So, remain silent. Esp di laman sosial. Di laman sosial bukan semua orang kenal kita. Kenal kita melalui gambar2 dan sedikit cerita kita. Selebihnya, kita pun tak tahu hati dia, dia pun tak tahu hati kita.
So, remain silent.
Tapi, bos kena bagitahu lah sbb kita banyak nak kena minta keluar waktu office pada dia. Untuk ini saya amat berterima kasih juga pada boss saya yang banyak membantu.

Semua ni kita perlu lakukan sebelum kita decide utk buat rawatan lagi. Tak kesah lah IUI atau pun IVF. Kalau takde rasa nak start treatment pun, buat lah juga. Perbaiki diri, perbaiki hati.


Monday, May 23, 2016

Teruskan Usaha, Teruskan Berdoa

10:00 AM
Macam dah lama tak menulis panjang2 dalam blog ni.
Lps baca beberapa blog TTC'ian lain, baru saya macam terpanggil untuk menulis pula.
Masalah saya dalam ber-TTC ini tidak lah sehebat mereka sebenarnya.

Mereka itu memang kuat.
Tapi, mmg itu janji Allah, kan?
"Allah menguji hambaNya, mengikut kemampuan hambaNya"

Kisah PCOSer.
Kisah period yang haywire.
Kisah berkali kali menjalankan IVF.
Kisah berkali kali IUI.
Kisah menelan berbagai jenis ubat.

MasyaAllah. Mereka ini mmg kuat.
Memang luar biasa ketabahan mereka untuk menjadi ibu.
Kerana itu lah, saya mohon, janganlah disakiti hati mereka ini. Janganlah ditanya soalan2 berkaitan anak. Perjalanan mereka ini, takkan terjangkau oleh orang biasa. Mereka ini luar biasa.

Kisah saya hanya separuh dari kisah mereka.
Atau mungkin suku sahaja.
Saya bukan PCOSer.
Period sangat sangat regular.
Tak pernah teruk2 menelan ubat itu ini.

Bak kata orang, saya hanya TTC biasa. Yang hanya ada pengalaman sebagai TTC. Tapi, sekali menjadi TTC'ian, selamanya kita akan rasa perasaan itu.

Kepada mereka ini, saya doakan urusan mereka dipermudahkan.
Teruskan berusaha, teruskan berdoa.
Allah akan bagi pada masa yang terbaik.
Hikmah disebalik apa berlaku ini, kita makin dekat dengan Allah. Percaya lah.

Oh ya, rentetan dari plan nak buat discussion dengan Dr Tasha beberapa bulan lepas, saya dah ada small group TTC ni. Boleh dikatakan support grup juga lah. Walau discussion tu tak jadi atas kekangan masa, tapi kami sentiasa berhubung dan saling support.
InsyaAllah.. kita sebarkan positive vibe sesama kita. Kerana hanya kita yang faham perasaan "kita kita".
Mereka juga majoriti nya ada PCOSer, which is saya sendiri kurang ilmu berkaitan PCOS ni. Jadi, mereka ini juga saya kategorikan kuat.

Utk rakan-rakan, adik-adik dan semua TTC'ian, jangan sesekali putus asa.
Allah Maha Pengasih. Maha Penyayang.
Teruskan berdoa :)


Friday, May 20, 2016

Thursday, May 19, 2016

36 weeks and 7th Appointment

8:58 AM
Diam tak diam dah 7x appointment di UKMSC.
Diam tak diam dah masuk 36 minggu.

Appointment pada 17 May 2016.
Hari Selasa sbb Jumaat sebelumnya doktor takde.
Ibu tak masuk office pun.
Mmg niat nak minta MC je kat doktor.
Jadi, kul 11.30am, ayah ambil ibu kat rumah.
Then shoot to UKMSC.
Tak makan dulu pun. 
Tengok2 belum pukul 2ptg doktor dah ada.
Dan doktor panggil masuk.
Ibu orang no. 2.
Eh. Okay sgt lah kan.

Cam biasa, doktor scan.
Tgk itu ini, semua pun okay. Baby pun dah engaged kat bawah.
Anak ibu dah 3kg doktor kata. 
Wow! Huhuhu... 
Tapi takpe. Ibu tak kesah pun. Lagi ibu suka sbb berani sket ibu nak angkat2 anak ibu ni nanti. Kan?
Lepas tu doktor booking tarikh utk ibu ceaser.

Jadi, confirm lah ibu kena ceaser pada 1 Jun 2016.
Tak lama dah baby.
Wiii... baby behave okay.
Jangan ada emergency tau. Tak lama je lagi kita nak jumpa.
Oh. Mmg ibu teruja.

Okay. Meh tgk perkembangan anak  ibu plak.
18 Mei 2016 - 36 minggu.

Oleh kerana baby dah masuk 3kg. Dah engaged. Makanya mmg ibu rasa berat kat area bawah tu.
Paling scary masa nak bangun dari tidur.

Tapi takpe. Tak lama je lagi pun.
Nanti mesti ibu merindui saat ni semua.

Ibu bersyukur sangat sbb ibu dapat rasai semua ni.
Alhamdulillah.

How your baby's growing

Your baby is still packing on the pounds — at the rate of about an ounce a day. She now weighs almost 6 pounds and is more than 18 1/2 inches long (about the size of a head of romaine lettuce). She's shedding most of the downy covering of hair that covered her body as well as the vernix caseosa, the waxy substance that covered and protected her skin during her nine-month amniotic bath. Your baby swallows both of these substances, along with other secretions, resulting in a blackish mixture, called meconium, will form the contents of her first bowel movement.

36 weeks: Your baby is about the size of a head of romaine lettuce
At the end of this week, your baby will be considered "early term." (Full-term is 39 to 40 weeks. Babies born before 37 weeks are pre-term, 41 weeks is late term, and those born after 42 are post-term.) Most likely your baby is already head-down. But if not, your practitioner may suggest scheduling an external cephalic version (ECV). That's a fancy way of saying that your practitioner will apply pressure to your abdomen to try to manipulate your baby into a head-down position.

Head: Your baby is probably in a head-down position by now, which is optimal for a smooth delivery, and the head may be dropping lower into your pelvis.

Uterus: Your Braxton Hicks contractions may be a little more frequent now.

Wednesday, May 11, 2016

35 Weeks

11:54 AM
11.5.2016

35 minggu. Minggu depan dah genap 9 bulan kalau ikut tempoh dalam perubatan. Kalau ikut date 'pelekatan' tu baru 34mggu lah kan.

Minggu ni.

Agak stress dek kerana permohonan cuti.
Ibu minta cuti 3 bulan tapi boss ibu tak bagi.
Sebalnya rasa.
Walhal mmg layak pun kalau ikut pekeliling.
Kenapa lah tiada timbang rasa pun mereka ni.
Kita tak minta apa pun. Minta cuti ja.
Lagipun segala kos perubatan selama ni semua guna duit sendiri.
Takde sesen pun yg kita claim walau kalau ikut kan boleh je pergi LPPKN tu. Semua akan dibayar semula.
Takde langsung nak consider.
Takpe lah. Buat lah kita. Satu hari nanti kalau ter kena pada diri sendiri baru tahu.

Seterusnya.
Ibu agak merasa "berat"
Huhu.
Macam nak seret2 je kaki ni.
Aduyai.
Tapi takpe. Ibu menikmati je. Bukan senang kan nak dapat camni.

Perkembangan anak ibu

How your baby's growing

Your baby doesn't have much room to maneuver now that he's over 18 inches long and tips the scales at 5 1/4 pounds (about the size of a honeydew melon). Because it's so snug in your womb, he isn't likely to be doing somersaults anymore, but the number of times he kicks should remain about the same. His kidneys are fully developed now, and his liver can process some waste products. Most of his basic physical development is now complete — he'll spend the next few weeks putting on weight.

35 weeks: Your baby is about the size of a honeydew melon
Amniotic fluid: The amount of amniotic fluid surrounding your baby has peaked and will start to diminish now.

Fat: Your baby will spend the next few weeks putting on weight at the rate of about an ounce a day.

Uterus: Your uterus has expanded to about 15 times its original volume and is poking up under your ribs.

***
Baby makin membesar dalam perut ibu ni.
Dan ibu dapat rasakan yg baby aktif je.
Takpe. Ibu suka. Dan semua tu akan ibu rindui.

Terima kasih buat ibu gembira.
Alhamdulillah.. terima kasih Allah.
Semoga dipermudahkan urusan kita berdua sehingga baby lahir nanti.


Ibu n ayah can't wait. Tapi, baby duduk elok2 dulu dalam perut ibu sampai tiba masanya. Okay.
Love you.



Wednesday, May 4, 2016

34 Weeks

11:46 AM
4.5.2016

34 weeks.
Minggu ini tiada apa2 sgt.
Just macam rengsa sbb aircond office selalu lah problem.
Panas lah giler..
Ha..mmg tak elok cakap bukan bukan, kan baby.
Tapi ibu sgt la menyampah dengan semua kejadian ini.
Ibu tak pernah ambik MC sebabkan oleh pregnancy ni.
Baby ibu sangat lah behave. Tak pernah susahkan ibu.
Tapi, pihak2 yg lembap ni lah. Yang membuatkan ibu asyik amik MC.
Sbb tak tahan panas berkuap dalam ofis.

Siapa yg tahan?
Lagi mahu suruh bersabar.
Bengap sangat.
Lalu ibu MC je lah hari Khamis tu. Geram ibu rasa.
Okay lupakan.

Hari Sabtu, lepak rumah saja. Ibu ingat nak buat puding jagung.
Tapi, kemalasan melampau. Hihi.
Then Ahad, pergi tgk abang Zahir awak lapor diri masuk polis kat Pulapol Semarak.
Panas nya baby. Menitik tik tik peluh ha.
Petang, pergi umah wan. 
Agak kepenatan minggu ni.
Nak kalih2 masa tidur mmg lah rasa sesuatu yang oh maiii.
Tapi, tak pelah baby. Tak lama je lagi.
Ibu suka kalau ibu tidur mengiring tu, macam ada sesuatu yg "halus" tendang2.
Itu kaki awak ke, jari awak?
Hihi.
Ibu layan je. 3 minggu je lagi kan.
Lps tu ibu dapat pegang kaki atau tangan awak bebetul dah.

Perkembangan anak ibu.

How your baby's growing

Your baby now weighs about 4 3/4 pounds (about the size of a cantaloupe) and is almost 18 inches long. Her fat layers — which will help regulate her body temperature once she's born — are filling her out, making her rounder. Her skin is also smoother than ever. Her central nervous system is maturing and her lungs are continuing to mature as well. If you've been nervous about preterm labor, you'll be happy to know that babies born between 34 and 37 weeks who have no other health problems generally do fine. They may need a short stay in the neonatal nursery and may have a few short-term health issues, but in the long run, they usually do as well as full-term babies.

34 weeks: Your baby is about the size of cantaloupe

Fat: Your baby's layers of fat are filling out. She'll need them to regulate her body temperature once she's born.

Lungs: Your baby's lungs are well developed now. About 99 percent of babies born at this stage can survive outside the womb, and most have no major long-term problems.

**
Grow baby grow.
Kalau ikut, ibu n ayah mmg tak sabar je nak jumpa awak.
Tapi takpe. Awak have fun dulu dalam perut ibu okay.
Tak lama je lagi kita jumpa :)

Tuesday, May 3, 2016

Friday, April 29, 2016

UKMSC : 6th Appointment

10:46 AM
29.4.2016

Minggu ke 32.
Appointment lagi.
Dah kerap. Masuk 2 minggu sekali.

Kali ni dari pagi ibu n ayah berkampung di UKMSC.
Pagi lagi dah sampai. Dalam pukul 8pagi.
Terus naik atas. Bagi kertas yang ada tulis utk minum air gula.
Mujur orang tak ramai lagi.
Utk minum air gula ni, ibu kena puasa dari pukul 10mlm lagi.
So, kena pujuk baby utk bersabar sbb ibu tak makan.

Memula kena ambik darah sebelum minum air gula.
Lps tu baru minum air gula.
Oh. Takde la banyak sangat kena minum.
Satu cup tu je. Paper cup.
Dan, idak la teruk nau rasanya.
Walau takde perisa, tapi rasa okay je.
Likat manis. Biasa lah.

Okay ja.
Ibu minum sampai abis.
Tapi, lps tu mmg ada rasa pening2.
Mungkin sbb perut kita kosong kan.
Then kena tunggu sampai 2jam lagi utk ambik darah semula.
Pun tak boleh makan lagi.
Adoiyai.
Ibu rilek2 je dgn ayah. Ayah pun taknak turun breakfast.
Dia tunggu dgn ibu.
Tepat kul 10.15 (ibu kena minum air gula pukul 8.15), ayah gitau nurse utk ambik darah sekali lagi.
Masa ni orang dah ramai. Kena cepat. Kalau tak kang, langsung lambat.

So, terus ambik darah.

Lega.
Lepas tu boleh gi makan.
Turun kantin - makan. Makan nasik terus.
Lps tu naik balik atas.
Panas aih nak duk bawah.
Naik atas, lepak2 jap. Pastu ibu nak tidur kat surau. Ayah pi solat Jumaat.
Kul 2 baru ibu masuk balik klinik. Kad dah tinggal dah awai2.

Dalam 2.45ptg, jumpa doktor.
Doktor cakap, mmg ibu kena ceaser lah.

Scan baby dulu. 
Berat baby dah 2.3kg. Wah.. ibu suka. Ibu suka.

Patut lah ibu dah rasa berat. Hihi.
Lps tu doktor tunjuk muka baby. Dah embam embam lah anak ibu ni.
Doktor suruh pilih date utk ceaser.
Memula doktor nak bagi 6.6.16
Tapi tu kan 1st day puasa.
So, ibu n ayah pilih 1.6.16.
Wah. Sebok nak date cantik2 je kan. Hihi.

Oh. Result air gula ibu.
Okay je.
Sebelum minum air gula, bacaannya 3. Selepas 7.
Doktor kata okay.
Yey. Ibu boleh makan aiskrim lagi (mmg pun balik tu terus singgah McD beli sundae coklat. Ngeee).

Sebulan lagi ibu n ayah nak jumpa baby. Kan?
Can't wait.. tapi ibu nak baby duduk rilek2 dalam perut ibu dulu tau.
Happy2 je makan apa ibu makan. Hihi.
Appointment settle dalam pukul 3 lebih.
Terus balik rumah. Penat dah.
Lps ni appointment 17hb May. Sbb doktor takde 13hb.
Mungkin last la kot before ibu jumpa baby. Wiii....

Wednesday, April 27, 2016

33 Weeks

10:40 AM
27.4.2016

Penghujung April sudah.
Makin berdebar ibu.
33 minggu.
Minggu yang ibu rasa ibu makin membesar. Huhu.
Berat ibu dah cecah 57kg iaitu melepasi 10kg dari berat sebelum pregnant.

Ini lah 1st time ibu berat lebih dari 50kg.
Tapi, ibu tak kesah. Itu tandanya baby membesar dengan sihat. Kan?
Waktu tidur mmg susah nak berkalih tempat.
Kalau ibu dah mengiring ke kanan tu, kanan je lah.

Baby tak suka eh kalau ibu mengiring ke kiri.
Baby pun terkadang aktif sesangat.
Ibu suka. Kalau baby senyap tu yg ibu risau.

29hb ada appointment.
Kena minum air gula.
Ni nanti ibu story lain.

Minggu ni okay2 saja.
Ada cuti hujung minggu 3 hari.
Isnin tu cuti hari pekerja.

Opis ni je kadang buat hal. Dengan aircond rosak lah apa lah.
Hie. 
Takpe lah. Ini dugaan namanya. Ibu kena bersabar demi baby ibu. Kan?
Love u sayang :)

Perkembangan baby ibu.

How your baby's growing

This week your baby weighs a little over 4 pounds and has passed the 17-inch mark (about the size of a pineapple). He's rapidly losing that wrinkled, alien look and his skeleton is hardening. The bones in his skull aren't fused together, which allows them to move and slightly overlap, thus making it easier for him to fit through the birth canal. (The pressure on the head during birth is so intense that many babies are born with a conehead-like appearance.) These bones don't entirely fuse until early adulthood, so they can grow as his brain and other tissue expands during infancy and childhood.
33 weeks: Your baby is about the size of a pineapple
Skin: Your baby's skin is becoming less red and wrinkled.

Skull: Your baby's skull is quite pliable and not completely joined. This will help him ease out of your relatively narrow birth canal.


Wednesday, April 20, 2016

32 weeks

9:51 AM
20.4.2016

32 weeks.
Kalau ikut kiraan bulan dah masuk 8 bulan.
Tapi, kalau ikut kiraan pregnant, belum 8 bulan lagi kan.
Tak kesah lah apa pun. Yang penting, ibu harap baby ibu membesar dgn sihat dalam tu.

Ibu cuti masa hari Rabu.
Sbb nak mangkit pagi tu rasa cam malas.
So, cakap kat ayah - ibu nak cuti. Hihi.

Pastu asyik lah krem kaki ja.
Ibu rasa ibu dah berat sgt kot.
Eh. Baby jgn terasa hati sbb buat ibu berat plak tau.
Ibu yg berat sendiri nih.
Berat baby kan baru 1.5kg (minggu ni dah 1.5++ lah kot kan).

Hari Ahad (24.4.2016), kita buat photoshoot.

Wah. Hari panas berdenting baby.. mujur lah dah tak jerebu sgt.
Tapi, kepanasan mmg tik tik tik berpeluh.

Thank u baby for ur cooperation.
Walau kena jalan sana sini, baby okay ja kan.
Mula tu, mmg rasa penat dan sakit kaki.
Pastu bila ibu dah tidur seharian, esoknya ... 

wow.. rasa sihat dan ringan plak.
Mungkin sbb ibu tak selalu exercise selama ni.

Hurm. Exercise mmg baik utk ibu mengandung.
Ibu je yg asik malas.

Perkembangan baby minggu ni.

How your baby's growing

By now, your baby weighs 3 3/4 pounds (about the size of a large jicama) and is about 16.7 inches long, taking up a lot of space in your uterus. You're gaining about a pound a week and roughly half of that goes right to your baby. She'll gain a third to half of her birth weight during the next 7 weeks as she fattens up for survival outside the womb. She now has toenails, fingernails, and real hair (or at least respectable peach fuzz). Her skin is becoming soft and smooth as she plumps up in preparation for birth.
32 weeks: Your baby is about the size of a jicama

Hair: Some babies have a full head of hair by this point; others have only peach fuzz.

Toenail: Your baby's fingernails and toenails have now grown in.

Uterus: With your uterus pushing up near your diaphragm and putting pressure on your abdomen, you may be dealing with heartburn more often or feeling a little short of breath.


Terima kasih baby sbb sgt bekerjasama dengan ibu selama baby dalam perut ibu.
Baby mmg behave.

Cuma kadang2 je waktu nak tidur tu.. ibu susah je nak kalih2.
Tapi takpe. Demi baby, ibu sanggup je.

Jangan risau :)



Friday, April 15, 2016

UKMSC : 5th Appointment

3:04 PM 0 Comments
15.4.2016 - Jumaat.


Ibu ada appointment lagi.
Cam biasa, ayah pergi solat - ibu tunggu ja kat atas.
Nurse kata awal sampai.
Ye lah, senang kalau settle awal2.
Dalam kul 2.45 ibu dapat jumpa doktor.
Kali ni ibu bawak report dari klinik Dr Hamid.
Tempat ibu buat laparoskopi dulu tu.
Tapi, takde plak doktor notes yg ibu boleh bersalin normal ke tak.
Jadi, doctor advise ibu bersalin ceaser.
If bersalin ceaser, doktor kata ready je lah dalam minggu ke 38.
Huhu.

Pastu scan baby.
Doktor tgk yg 4D punya.
Nampak baby.
Rasa nak panggil je baby.
Kang doktor kata apa lak. Hihi.
Omey omey embam dah anak ibu ni.
Keep growing sayang.

Pastu tanya doktor cemana nak ilangkan krem kaki ni.
Doktor tunjuk exercise sket.
Alah, tak mahu nya nak exercise bagai kalau dah sakit2 tu.
Yang pasti try luruskan kaki - nanti elok lah dia.

Kul 3.15 camtu settle.
Ibu gi solat zohor.
Then kami pergi Sogo.
Nak tambah lagi sket baju baby.
Itu je lah cerita jumpa doktor utk minggu ni.

Lagi 2 minggu ibu jumpa lagi doktor utk minum air gula plak.
Itu nampaknya dari pagi smpai petang lah ibu berkampung kat spital. Huhu.

Wednesday, April 13, 2016

31 Weeks

2:59 PM
13.4.2016

Makin hujung makin pantas pula rasa masa berlalu.
Sedar sedar dah lebih 30minggu.
Tinggal beberapa minggu je lagi.

Hari Khamis ibu kena pergi taklimat di JPA.
Taklimat sempena pekeliling baru.
Orang ramai sgt. Tapi, kata pun rezeki ibu mengandung kan.
Ibu dapat naik lif senang, dapat duduk area belakang2.
Senang ibu nak ke tandas.
Tapi.. anak ibu ni bergerak aktif sgt dalam dewan tu.
Naper? Baby rimas eh orang ramai2 ?
Ke baby lapau?
Hihi.

Hari Jumaat appoinment dengan doktor Kadir lagi.
Nanti ibu cerita entry khas yang pasal tu.
Yang penting anak ibu dah 1.5kg.
Lepas tu appointment terus pergi Sogo.
Makan, pastu beli baju baby sket lagi.
Rasa macam tak cukup je.

Beli 5 pasang.

Hari Sabtu n Ahad.
Ibu memerap je kat rumah.
Penat plak rasa nak keluar.
Tapi, Ahad petang tu ada juga keluar.

Minggu ni kerap juga ibu kena simpul mengkarung.
Adehhh.. agaknya sbb baby makin besar kan.
Takpe.. untuk anak ibu, ibu sakit sket pun takpe.

Meh tgk perkembangan baby ibu.

How your baby's growing

This week, your baby measures over 16 inches long. He weighs about 3 1/3 pounds (about the size of a coconut) and is heading into a growth spurt. He can turn his head from side to side, and his arms, legs, and body are beginning to plump out as needed fat accumulates underneath his skin. He's probably moving a lot, too, so you may have trouble sleeping because your baby's kicks and somersaults keep you up. Take comfort: All this moving is a sign that your baby is active and healthy.

31 weeks: Your baby is about the size of a coconut
Fat: Your baby is accumulating a layer of fat under his skin. As a result, his legs, arms, and torso are filling out.

Uterus: You may have noticed the muscles in your uterus tightening now and then. These are Braxton Hicks contractions and it's common to feel them in the second half of your pregnancy.

Anak ibu dah semakin membesar.
Terus membesar ya sayang.
Ibu n ayah tak sabar tau nak tunggu baby.
Tapi, biar lah baby cukup term. Hihi.
Duduk dulu dalam perut ibu .. tendang2 pun tak pe.. ibu suka ja.
Hihi.

Saturday, April 9, 2016

Wednesday, April 6, 2016

30 Weeks

9:05 AM
6.4.2016

Minggu ke 30.
Alhamdulillah.
Hari ni juga genap setahun dari tarikh ibu buat umrah last year.
Terima kasih Allah kerana bagi peluang pada ibu, ayah n opah untuk berdoa di tempat paling mustajab.
Dan doa kami dimakbulkan.

Hari Rabu tu ibu MC.
Haha.
Ibu tak larat dok ofis. Panas giler dah rasa nak pitam. Econ rosak.
Esuknya terus ibu pergi klinik dan ambik MC.
Bukan nak ambil kesempatan. Dari kita tak selesa, baik kita rehat2 kat rumah. Kan?

Berat ibu minggu ni masih dalam lingkungan 55kg++
Baby pun aktif tendang2 ibu.
Ibu suka. Takpe. Itu maknanya baby aktif dalam tu.
Esp kalau pagi, ibu lambat breakfast mesti awak marah. Huhu.

Pastu waktu ibu nak balik keja dalam kul 5ptg tu.
Then waktu maghrib. 
Ni time baby sgt aktif.
Tapi, ibu tak  nampak pun perut jadi gelombang2.
Perut ibu tebal ke kaki baby tecik sgt ni. Hihi.

Perkembangan baby ibu

How your baby's growing

Your baby's about 15.7 inches long now and weighs almost 3 pounds (about the size of a large cabbage). A pint and a half of amniotic fluid surrounds her, but that volume will shrink as she gets bigger and takes up more room in your uterus. Her eyesight continues to develop, though it's not very keen; even after she's born, she'll keep her eyes closed for a good part of the day. When she does open them, she'll respond to changes in light but will have 20/400 vision — which means she can only make out objects a few inches from her face. (Normal adult vision is 20/20.)

30 weeks: Your baby is about the size of a large cabbage


Amniotic fluid: A pint and a half of amniotic fluid surrounds your baby. That volume will peak over the next few weeks and then decrease as your baby gets bigger and fills out your uterus.

Eye: Your baby is able to distinguish between light and dark. At birth, her vision will be about 20/400, which means she can only make out objects a few inches from her face.

Uterus: As your uterus grows, your balance will be off and you may feel clumsy.


Wednesday, March 30, 2016

29 Weeks

8:57 AM
30.3.2016

Baby ibu dah 29 minggu. Alhamdulillah.
77 hari lagi. 2 bulan lebih.
Heharap baby selesa lah duk dalam perut ibu dulu sampai lah cukup masa ya.
Ibu dah booking untuk outdoor photoshoot.
Hehe.
Saja lah. Lama dah ibu tak photoshoot.

Minggu ni agak kepanasan.
Dah lama tak hujan. Ibu risau takut kena catu air je.
Ya Allah.. bagi lah hujan...

Lps tu, ibu kena simpul mengkarung jugak lagi.
Minggu lepas tak kena. Minggu ni kena pula.
Lupa nak letak minyak habbatus sauda.
Tu hari letak minyak, macam okay sket.

Oh. Hari Rabu tu jugak stroller travel system baby dah sampai ofis ibu. Yang ibu n papa beli kat expo baby last week tu kan.
Besar gabaknya. Semua orang cam tgk2 je sapa punya. Huhu.
RM1,299.00. Dah boleh buat beli moto. Tapi, utk baby RI ni.. kami tak kesah punya. Hihi.
As long baby selesa.

Beg pun ibu dah beli kat Lazada.
Nanti ibu nak basuh baju2 yg nak bawa ke hospital and boleh letak satu tempat dah.

Weekend, ibu tolong abg Acap pindah umah.
Panas la baby.. ibu macam dah nak kena heat stroke.
Pastu ibu tnya Kak As. Jiran bawah rumah abg Acap. Ibu pun kenal kak As ni sbb dulu ibu pun kan duduk rumah tu.

Tanya Kak As, boleh tak jaga baby nanti. Kak As kata boleh.
Alhamdulillah .. Allah permudahkan jalan utk ibu dan baby.
Kalau abg acap tak duduk situ, segan juga lah kan nak pi tanya Kak As.

Hari Ahad, pergi Ikea.
Tak plan pun. Ayahcik baby yg ajak.
Jadi, ibu terus belikan rak ber troli utk letak barang baby nanti.
Dah settle. Takyah ibu beli bakul dah kan.

Hari Isnin - ibu EL. Haha.
Ibu malas nak kerja sbb penat rasanya ari weekend tu tak abis lagi.
Huhu.
Berat ibu minggu ni dalam 55kg++

Perkembangan baby RI ibu ni

How your baby's growing

Your baby now weighs about 2 1/2 pounds (about the size of a butternut squash) and is a tad over 15 inches long from head to heel. His muscles and lungs are continuing to mature, and his head is growing bigger to make room for his developing brain. To meet his increasing nutritional demands, you'll need plenty of protein, vitamins C, folic acid, and iron. And because his bones are soaking up lots of calcium, be sure to drink your milk (or find another good source of calcium, such as cheese, yogurt, or enriched orange juice). This trimester, about 250 milligrams of calcium are deposited in your baby's hardening skeleton each day.

29 weeks: Your baby is about the size of a butternut squash
Anus: It's common to get hemorrhoids during pregnancy. These swollen blood vessels in your rectal area should clear up a few weeks after delivery.

Bone: Your baby's skeleton -- which is now hardening -- receives about 200 milligrams of calcium a day.

Head: Your baby's head is growing bigger to accommodate his brain, which is busy developing billions of neurons.

Uterus: You may feel dizzy if you lie on your back now. That's because your growing uterus puts pressure on the veins that return blood from your lower half to your heart.



Friday, March 25, 2016

UKMSC : 4rd Appoinment

9:05 AM
25.3.2016
28weeks2days.


Appoinment kali ke 4 dengan Dr Kadir.
Ibu pilih hari Jumaat. Sbb selesa sket.
Minggu ni mmg tak ramai pun.
Ibu tunggu papa solat. Lps tu papa datang.
Tak lama doktor pun sampai, terus jumpa doktor.

Doktor scan n check semua.
Doktor kata semua okay.
Alhamdulillah.
Tekanan darah okay, urine pun okay.
Keadaan baby pun okay.

Just, doktor suruh dapatkan rekod operation fibroid yang ibu pernah buat dulu.
Doktor nak tgk kat bhgn mana yg di operate tu.
Kalau tak, ibu kena ceaser.
Oh.
Kalau itu terbaik, ibu tak kesah pun.
Ramai je pun ceaser kan.
Tapi, ceaser ni lambat sket lah baik.
Takpe lah. Yang penting anak ibu ni sihat dan ibu pun sihat. Kan?

Kali ni mmg sekejap je lah.
Dalam kul 3 lebih settle dah.
Bayaran utk hari ni RM166.60 sahaja.
Lepas tu terus ajak papa makan meatball kat Ikea.
Hihi.

Next appoinment 15.4.2016

Wednesday, March 23, 2016

28 Weeks

8:56 AM
23.3.2016

Sudah masuk 3rd trimester. Kira genap 7 bulan sudah. Alhamdulillah.
Ini bermakna ibu sudah berada dalam trimester terakhir.
Kira cam final sem lah. Tak lama je lagi nak kena masuk "dewan exam".
Huhu.

Ada 12 minggu lagi.
Wancik Gee dah suruh ibu kemas2 barang baby dah.
Masuk dalam kereta.
Senang katanya.
Jadi, ibu pun ambik cuti dan beli barang baby kat TCE Baby Expo kat Mid Valley.
Ha...


Hari Khamis, ibu n papa cuti, kita pergi Mid Valley.
Dari pukul 10 smpai kul 4ptg kita kat sana.

Bermacam dah beli utk baby.
80% settle beli kat situ.
Jenuh papa mengusung. Hihi.



Hari Jumaat, ada appointment.
Alhamdulillah, baby okay aja. Semua pun okay.
Tekanan darah, berat.
Berat ibu minggu ni dalam 54-55kg.
Doktor minta ibu ambik rekod dari klinik Dr Hamid. Tempat ibu buat laps dulu tu.

Nak tgk kat tmpt mana yg ibu pernah operate.
Takpe, nanti papa call lah klinik tu.


Hari Sabtu kita ke Sogo.
Beli lagi barang2 baby. Kain napkin and sedikit baju baby.
Eh. Geram aih tgk baju kecik2 ni. Banyak dah baju jalan baby. Hihi.
Lepas tu gi Klang.
Melawat Acik Nad dengan baby baru dia.
Hihi.
Tecik sgt baby acik Nad.. omey omey. Hihi.

Minggu ni ibu macam letih sket.
Letih, tapi takde kena simpul mengkarung.
Alhamdulillah.
Mungkin ibu minum susu secara konsisten.
Selain tu, sebelum tidur ibu letak minyak habbatus sauda kat kaki.
Minggu ni ada panas, ada hujan.
Tapi, weekend memang panas sgt lah.

Perkembangan baby ibu minggu ke 28 ni

How your baby's growing

By this week, your baby weighs 2 1/4 pounds (about the size of a large eggplant) and measures 14.8 inches from the top of her head to her heels.

She can blink her eyes, which now sport lashes. With her eyesight developing, she may be able to see the light that filters in through your womb. She's also developing billions of neurons in her brain and adding more body fat in preparation for life in the outside world.

28 weeks: Your baby is about the size of a large eggplant




Eye: Your baby now has eyelashes and will turn her head to a continuous bright light from outside.

Fat: Layers of fat are beginning to form as your baby gets ready for life outside the womb.

Uterus: You should be able to feel your baby's movements quite regularly now.



Wednesday, March 16, 2016

27 Weeks

8:23 AM
16.3.2016

Lagi seminggu tu 3rd trimester.
Berdebar ibu tau.
Minggu 27 ni Alhamdulillah, berjalan lancar.
Minggu 27 masuk masa kita bercuti kat Melaka.
Ibu bawak baby gi tempat mandi manda.
Tapi, ibu tak mandi lah.
Kalau ibu mandi, lain ceritanya. Haha.
Takpe. Nati baby dah boleh jalan, kita dtg sini okeh.
Kita bawak pelampung itik.
Hihi.
Minggu ni, ibu tak kena simpul mengkarung.
Oh. Naseb baik. Alhamdulillah.
Panas. Memang panas. Tak boleh nak buat apa dah.


So, perkembangan baby ibu mggu ke 27.


How your baby's growing

This week, your baby weighs almost 2 pounds (about the size of a head of cauliflower) and is about 14 1/2 inches long with her legs extended. She's sleeping and waking at regular intervals, opening and closing her eyes, and perhaps even sucking her fingers. With more brain tissue developing, your baby's brain is very active now. While her lungs are still immature, they would be capable of functioning — with a lot of medical help — if she were to be born now. Chalk up any tiny rhythmic movements you may be feeling to a case of baby hiccups, which may be common from now on. Each episode usually lasts only a few moments, and they don't bother her, so just relax and enjoy the tickle.

27 weeks: Your baby is about the size of a head of cauliflower
Eye: Your baby can now open and close his eyes, and he sleeps and wakes at regular intervals.

Mouth: Your baby may suck his fingers. You may also feel him getting the hiccups now and then.

Uterus: As your uterus grows, it puts pressure on the blood vessels that return blood from your legs. As a result, your leg muscles might cramp up now and then.


***
Dah semakin membesar baby R.I ibu ni.

Papa selalu cakap tak sabar nak jumpa baby R.I
Tapi... takpe..ibu suh sabar. Baby pun kena keluar ikut masa full term tau.
Jangan kuar awai2 sangat tau.
Takpe.. baby duduk je dalam perut ibu dulu. Ibu tak kesah pun bawak baby ke mana-mana.
Bila baby kick kick tu, ibu suka je :)


MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers