Monday, April 4, 2011

TTC : Sahabat, Ku Perlukan Sokonganmu

5:25 PM 7 Comments
Mereka ini juga sedang berusaha gigih untuk mendapatkan apa yg aku juga ingin dapatkan.
Moga usaha kami berhasil dan berpeluang menjadi ibu dan berpeluang mendidik anak untuk dijadikan anak soleh di muka bumi ini.


Terima kasih wahai sahabat yg sudi berkongsi suka duka. Yang sudi jadi follower.... korang juga sebahagian dari sumber inspirasi dalam TTC ini :)

Aitotyati
Puan Su Su dari Aura SuAizal
Eyza
Honeylily

Rawatan : LPPKN Treatment

1:47 PM 8 Comments
Date : 22 Mac 2011.

Aku dah lama simpan no bahagian infertiliti LPPKN ni. Tapi entah kenapa, dari dulu aku tak pernah tergerak nak call. Saja, simpan.
Tp hari ini, aku nekad. Aku perlu call sbb aku perlu mulakan. Lagipun, sbg govt servant, aku perlu gunakan peluang ni. Utk info lanjut leh baca entry kat kebun stoberi aku sanun- treatment

Kali pertama call, tiada jawapan. Hanya komputer yg menjawab. Mengatakan operator sibuk. Setelah 10min aku call semula. Ada jawapan. Ceh. Apa punya operator la. Sket pun takde greeting. LPPKN, sila amik berat yer. At least ada 'selamat pagi cik, LPPKN, boleh saya bantu'. Ini aku yg dok hello, pehtu kata sambungkan ke bhgn infertiliti. Tuttt,...tanpa sepatah kata dia trus sambung. Takde budi bahasa budaya kita langsung.
So, bila da ditransferkan ke bhgn infertiliti tu, dpt bercakap dgn seorang perempuan. Aku pun tanya terus "cemana prosedur nak buat rawatan".
"rawatan apa tu?".
"rawatan kesuburan"

Jadi dia tnya  berapa tahun kawen, penah buat tak treatment dan dia mintak sediakan pen n kertas (which mmg ada je, aku da biasa kalo call org mmg standby je pen n kertas).
Jadi dia mulakan.
1) Kena dtg suami isteri. Kalo buleh ambil cuti sbb katanya derang takkan keluarkan MC. Yg boleh pun time slip. Dtg seawal pagi sebelum jam 8pagi kalo boleh. Sbb treatment pertama akan ambil masa setgh hari.
-takde poblem. Amik cuti je. Lagipun umah kami dekat banget dgn LPPKN. Paking saja di Maju Junction.

2) Kena ada RM200 dlm poket (ha..gini la akak tu ckp ngan aku yer).

3) Suami kena simpan air mani dlm tempoh 3 hingga 5 hari sebelum appointment. Tak boleh dikeluarkan dgn apa cara sekali pun. Lebih pun tak boleh. Nati sperma ada yg mati.

Itu saja. Then dia tanya period aku bila. Katanya kena call semula pada hari pertama period utk appoinment. Kena call petang sbb buku appointment katanya ada pada doktor. Darah akan diambil pada hari kedua or ketiga mcm tu kut.

So, itu lah saja. Jadi pada yg berminat nak buat treatment di LPPKN, boleh call trus hari 1st day period. Nati dia boleh bagi trus date appoinment.

Aku tau, mmg lambat nak dpt date appoinment, tp takpe, asal aku ada dpt date pun da cukup syukur. Lagipun byk lagi menda perlu aku settlekan dlm thn 2011 ni. Nak masuk rumah baru, nak apply untuk sambung study, nak pegi jalan2 bulan Oktober nati, so, mmg aku tak perlu rush rush. Apa yg penting aku dpt date tu. Kalo dpt awal, Alhamdulillah....

No. telefon :
03-26937555

Doakan mama ada peluang ye cayang! :)

TTC : BBT Chart

8:00 AM 4 Comments
Oke. Kita da tau apa pentingnya tau waktu kita bertelur.
Lps tu kita da tau alat yg boleh detect waktu kita bertelur.
So, kita perlukan chart utk tau waktu kita bertelur.
Boleh buat yg simple yakni tulis je suhu badan kita.
Tp kat internet skang melambak chart yg boleh di download.
So, ada satu sini - babyhopes.com
Dapat chart yg sebegini

Chart ada dlm format excel n PDF. Boleh pilih nak Fahrenheit or Celcius. Sng kan.
Format ni sama mcm buku What to Expect tu.
Jadi just tick tick. Kalo celcius tu, suhu badan yg tinggi adalah waktu yg dijangka kita bertelur. Agak2 la kan. Biasanya dalam hari ke14 selepas period or awal 2,3 ari. 

Suhu mesti diambil sebaik saja bangun dari tidur. Usah gerak2 dulu. Celik je mata terus sumbat termometer bawah lidah. Or bawah ketiak (aku letak bawah ketiak sbb aku mcm geli nak letak bawah lidah). Aku salu je lupa, da capai towel baru tingat "alamak..nak amik suhu". Tp kira aci je la. Nak bagi sng capai, letak termometer tepi katil je.

Bagi sapa periodnya takde poblem. Yang dtg melawat on time jer, dan nak TTC cara manual, di alu-alukan guna cara ni. Best lah. Kita leh tau suhu badan kita. Oke gak pe, if tinggi tetiba luar dari biasa, trus SMS opis kata ari ni nak MC sbb demam. Hahahah.

Aku da lama nak buat menda ni tp terbantut dek pencarian termometer 2 decimal point tu. Jadi baru bln ni terai. Rasa mcm tak menjadi je kut bln ni. Tp takpe lah. Aku sker je nak menantikan next period sbb aku leh dptkan date appoinment kat LPPKN. Tau mmg tak dpt waktu terdekat. Tak kesah pun sbb aku pun nak wat preparation akak ipar aku kawen, utk ari raya (ganti puasa pun belum), utk gi bercuti ke Hong Kong bln Oktober nati. Juga utk masuk umah baru (if siap tahun ni) serta persediaan smbg Master (Insyallah).

Oh. Byknya plan utk tahun 2011 ni kan. Harap2 rezeki menyebelahi ku utk tahun ni. Aminnn...
Kredit : here

Saturday, April 2, 2011

TTC : Body Basal Temperature

1:53 PM 7 Comments
Now we talk about BBT plak. What is BBT ? BBT is stand for Body Basal Temperature. Kaedah manual utk mengetahui bilakah badan kita sesuai utk 'bertelur' (err...ovulasi ekceli. Hihi). Bila da tau bila kita 'bertelur' maka, boleh la kita mulakan TTC. Uh. Sapa yg tak mahu TTC pun buleh gunakan cara ini. Elakkan 'projek mega' bila badan kita berkemungkinan bertelur.

Proses percantuman antara benih lelaki dengan ovum perempuan mungkin berhasil jika persetubuhan berlaku pada waktu kesuburan iaitu waktu pengeluaran ovum (ovulasi) sedang berlaku. Setiap ovum biasanya mempunyai tempoh hayat selama lebih kurang 48 jam sahaja. Jika percantuman berlaku, besar kemungkinan kehamilan akan dihasilkan tetapi jika tidak, telur ini akan musnah begitu sahaja. (rujukan : Hamid Arshat)

Untuk keterangan lanjut berkenaan ovulasi ni boleh ke link ini - ovulasi atau google saja. Byk info berkaitan perkara ini.

Jadi, itu lah pentingnya mengetahui tarikh ovulasi. Biasanya suhu badan terbaik untuk berovulasi adalah sekitar 36.6 C (bergantung pada badan wanita itu juga lah) atau lebih kurang 98 Fahrenheit.

Untuk mengukur suhu badan ni kita perlukan termometer. Kalo boleh carik termometer khas utk BBT. Mulanya aku dulu pun beli yg biasa je. Yg Watson punya. Tp susah sbb ada 1 decimal point je. Bila 1 decimal point ni kita kena convert ke Fahrenhait utk dptkan suhu sebenar. Tp mmg tak tepat lah. So, nak tepat kena pakai termemoter 2 decimal point.

Mmg susah sket la sbb kebanyakan termometer 1 decimal point je. Guardian/Watson pun jarang2 ada. Aku smpai masuk farmasi yg biasa2. Dia tunjuk termometer raksa (mercury tu). Hoh!. Jenuh bijik mata aku nak dptkan ukuran tepat. Farmasi ni melayu punya. Aku ckp nak dlm Fahrenhait, dia kata skang org da tak pakai Fahrenhait, jadi dia pun convert kan la. Siap kira guna calculator tu. Buat kiraan maths dpn aku. Dia kata takpe, guna celcius 1 decimal point pun, convert je. Mmg la boleh convert tp tak tepat. Siap dia kata takde calculator ke kat opis. Haha. Ko ni mmg pelawok kan (tu pasal aku malas masuk kedai melayu). Kalo aku nak convert, tak perlu susah2 nak kira maths bagai. Aku mmg ada software converter kat PC ni. Segala ukuran metrik boleh di convertkan. Aku da buat. Tak tepat. Hehari dpt bacaan yg sama je. Apa kes?

Contoh cam ni la. 
If kita pakai termometer 1 decimal point
36.8 celcius = 98.24 Fahrenheit
Tp kalo pakai termometer 2 decimal point
36.82 = 98.276 = 98.3
Napak tak perbezaan dia? Dia camni la, 
kalo pakai termometer 1 decimal point kita akan baca 36.8 c = 98.2 F, 
which kalo ikut termometer 2 decimal point, 36.82 (yg boleh dibundarkan as 36.8 juga) = 98.3.  
Jadi yg tepat adalah termemoter 2 decimal point lah.

Oke. Jangan pening-pening. Bagi sapa yg nak try TTC secara ovulasi, beli je lah termometer 2 decimal point. Kalo kedai tu kata takde, takyah banyak bunyi ngan dia, tak perlu suh dia keluarkan segala termometer raksa ke raksaksa ke apa, just say 'terima kasih'.

Sbb, ada farmasi yg ada jual termometer khas utk org cam kita ni. Digital Basal Thermometer namanya. 

 


Aku jumpa mendalah ni kat Guardian Ampang Park. Tanya je lah kat kaunter pharmacy tu or if da ptg, org kat pharmacy tu pun da takde, tanya je kat staff yg ada. Mungkin derang pun tatau. So, boleh ckp :
Saya nak termometer Digital 2 decimal point brand OMRON.

Itu je, if dia kata takde, carik lain pharmacy. Aku rasa brand lain pun ada kut. Tp brand OMRON ni mmg glamer dgn menda kit kesihatan ni.

 
Rega nya RM57.90. Oh, jgn la kata ku nak menunjuk sbb bagitau harga ni. Ini utk sahabat2 aku yg turut sama berusaha cam aku. Mungkin mereka memerlukan info ni. Risau wes, sbb kang org kata 'eleh,nak menunjuk la tu beli termometer mahal'.  Tidak sama sekali. Aku da beli termometer biasa, yang murah tu, tp itu bkn berfungsi utk BBT ni. Mungkin ada yg murah, tp aku da lelah dah carik. Ini je aku dpt. Bkn semua kedai ada. Tapi kalo ada yg dpt dgn harga yg lebih murah, boleh kita share kan bersama di sini.

Seriyes, aku pun mulanya terkedu tgk harga dia. Tapi demi anak.....aku pejam mata je bayau. Telan air liur masa bayau tu. Demi anak... hanya yang memahami je tahu perasaan aku kan. Biarlah apa org nak kata. Yang penting aku nak berkongsi apa yg aku usahakan.

Oke, next part kita cerita ttg chart BBT ni plak yer. Panjang nau dah ni.

Wednesday, March 30, 2011

TTC : Pemakanan - Nenas

1:24 PM 1 Comments
Ada meting Puspanita tadi.
Lauk lunch adalah nasi tomato. Ada jelatah (kat sini sebut acar kan).
Yg ada nenas/timun/bawang tu.
Aku mmg sker mendalah ni esp nenas dia.
Tp tadi da amik baru aku tingat yg sdg TTC.
Percubaan aku kan 'manual'. Dan aku rasa waktu ovulation aku baru beberapa ari yang lepas.
Kut baru nak lekat ke kang, langsung tak jadi sbb nenas tajam. Huh!
So, buat rasa, aku makan la sket. Seb bek masam, so, takde la macam mendesak aku utk makan dlm portion yg banyak.
Hurmmm.... persoalannya betul ke nenas ni akan menyebabkan janin tak jadi?
Tajam tu cemna? mengikis perut eh.
So, mari kita google amalan pemakanan sebelum mengandung.
Di ambil dari sini - comelnya.com
1) Amalkan diet yang baik

    * Tabiat pemakanan yang baik perlu bagi pasangan suami dan isteri kerana ia mempengaruhi kesuburan kedua-dua belah pihak.
    * Pemakanan yang seimbang penting untuk meningkatkan peratusan untuk mengandung dan memperolehi bayi yang sihat.
    * Amalkan setiap hari memakan beberapa hidangan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, yoghurt dan keju. Sesetengah vitamin dan mineral seperti vitamin C dan E, zink dan asid folik, penting untuk membentuk sperma yang sihat dan berkualiti.
    * Kekurangan sumber nutrien dalam badan boleh mempengaruhi kitaran haid yang mengakibatkan kesukaran untuk meramal masa subur (ovulasi).
    * Kekurangan berat badan yang drastik dan obesiti boleh megakibatkan ovulasi tidak berlaku.

Memang sejak kawen (thn 2008) boleh dikira berapa kali aku minum air tebu.Yg ni mmg aku jaga sangat2, unless mmg teringin thp da meleleh air liur, tp rasanya mmg sgt sgt jarang. Tp nenas, mmg aku langgar je. Bila aku baca takde kajian saintifik pun mengenai pemakanan tajam ni. Tp tak salah kut kalo kita follow.

Retu ada member aku si Shah tu emel kat aku list makanan yg patut dimakan dan dielakkan utk merancang kehamilan. Aku carik2 tak jumpa plak.

Tkpe, nati jumpa aku tepek sini yer. Dan nati kita citer pasal asid folik pula.
"Ya Allah...berilah kesempatan kepada ku untuk menjadi seorang ibu. Amin..."
Pic kredit : Here

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers