Thursday, June 30, 2011

Pintu Yang Ditutup

10:54 PM 9 Comments
Tgk member FB like satu komen.
Tgk ayat nya sgt memotivasikan.
Maka aku mahu share dgn kawan2 juga.
Uik. kecik yer. Meh saya tulis semula. Dari FB Heliza Helmi.
Best kan ayat dia.
Moga dpt memotivasikan kita seme :)
Dan apabila saya melihat Allah telah menutup satu pintu di hadapan saya,
akhirnya saya melihat ada pintu lain yg telah Allah buka dan jauh lebih baik..
Maka saya berharap tutuplah sebanyak mana pintu buatku,
agar sy mendapat pintu2 yang lebih baik..
Namun janganlah sampai Dia menutup pintu taubat & syurga buatku,
kerana tidaklah berdaya buatku mendapatkn pintu yg lebih indah dari itu..:)

Tuesday, June 28, 2011

Gempal atau Kurus?

1:25 PM 10 Comments
Just wanna share yg saya baca kat paper pada ari Ahad lepas.
Ruangan yg soal jawab bersama doktor tu.
Tp rasanya yg tak gempal pun ada yg sukar dpt anak.
Contohnya saya lah.
Dan ada je yg gempal senang dpt anak. Siap bunting pelamin lagi.
Contohnya kawan saya.
Tp dlm jawapan ni ada info2 yg leh kita gunakan.

Gempal sukar dapat anak?

Soalan 1
Usia perkahwinan saya dan suami sudah mencecah usia empat tahun. Namun, kami masih belum dikurniakan anak. Badan saya dan suami memang agak gempal. Adakah ini punca kami sukar mendapatkan anak? Apa yang perlu saya lakukan untuk memeriksa tahap kesuburan saya?

Puan,

Saya amat memahami tentang permasalahan yang sedang dialami oleh puan. Memang agak tepat apa yang puan sangkakan. Wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan akan mengalami infertiliti. Berbadan gempal bagi wanita boleh menyebabkan masalah dalam pengeluaran ovum atau benih oleh folikel yang matang atau dalam kenyataan biasa adalah tidak bertelur. Dalam bidang perubatan ianya dikenali sebagai tiada berlakunya pengovulan. Sebenarnya seseorang wanita hanya bertelur sekali sahaja sebulan. Berat jisim badan (body mass index- BMI)- kurang dari 20 kg/m2 atau melebihi 30kg/m2 akan memberi kesan kepada seseorang wanita untuk menghasilkan telur dengan sempurna. Lelaki yang berbadan gempal juga mempunyai aras hormon lelaki yang tidak seimbang dan boleh mengakibatkan permasalahan dalam proses spermatogenesis (proses penghasilan sperma/ benih lelaki). Penurunan berat badan bagi puan dan suami adalah amat penting sebagai salah satu langkah rawatan bagi masalah ketidaksuburan atau infertiliti dan juga bagi menghindarkan diri anda berdua daripada mengalami masalah lain berkaitan obesiti.

Sokongan mental, fizikal, spiritual dan juga kewangan antara suami dan isteri amatlah penting dalam menjalani perawatan infertiliti. Saya amat yakin bahawa suami puan akan berkerjasama dalam perawatan infertiliti atau kesuburan yang akan dijalani nanti.

Waktu yang sesuai untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan ialah setelah setahun lamanya berkahwin dan setelah dalam masa itu berusaha dengan gigih untuk mendapatkan zuriat tetapi masih gagal. Jadi amatlah elok untuk puan segera ke klinik bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Langkah pertama yang paling baik ialah untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat, penerangan berkenaan waktu subur, pengambilan penyiasatan darah hormon pada waktu tertentu seperti ujian darah bagi hormon perangsang folikel (follicle stimulating hormone-FSH), hormon peluteinan (luteinising hormone -LH), estradiol (E2) pada hari kedua atau ketiga waktu haid dan ujian hormon lain jika perlu. Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur pula perlu menjalani ujian darah tambahan bagi hormon Prolaktin, hormon tiroid, hormon testosteron dan hormon androgen yang lain. Selepas itu, rawatan dan pemeriksaan selanjutnya akan dijalankan.

Pemeriksaan seterusnya adalah pemeriksaan faraj bagi mengetahui saiz dan kedudukan rahim dan pada masa yang sama ujian pap smear boleh dijalankan. Selain dari pemeriksaan faraj, puan perlu menjalani ujian imbasan ultrabunyi (ultrasound) melalui faraj yang dikenali sebagai 'transvaginal sonography' (TVS). Tujuan ujian ini adalah untuk mengesan sama ada rahim seseorang wanita tersebut normal atau mengalami ketumbuhan seperti endometriosis, fibroid dan sebagainya dan juga untuk mengetahui kedudukan rahim sama ada ke depan (anteverted) atau ke belakang (retroverted). Yang paling penting ujian ini perlu untuk mengukur saiz penghasilan telur sama ada secara spontan atau memerlukan ubat subur seperti clomiphene citrate atau secara suntikan.

Imbasan ultrabunyi melalui faraj dapat mengimbas folikel yang membesar disamping mengukur saiz sebenar folikel. Saiz folikel yang cukup matang adalah 18 hingga 22 milimeter. Doktor juga dapat mengagak bila folikel akan cukup matang dan bila Puan akan subur (bertelur) kerana pembesarannya adalah dijangkakan berlaku diantara 1-2 mm sehari.

Wanita juga perlu menjalani ujian yang lain untuk mengesan masalah saluran Fallopio sama ada tersumbat, melekat dan sebagainya dengan menjalani sama ada ujian x-ray rahim (hysterosalpingogram atau HSG) atau ujian laparoskopi (secara tebukan di bahagian umbilikus atau pusat). Ujian x-ray rahim adalah satu tata-cara di mana doktor pakar x-ray atau pakar radiologi akan menyuntik satu suntikan cecair khas ke dalam rahim melalui saluran faraj dan pada masa yang sama 6 hingga 8 keping gambar akan diambil untuk mengesan samada saluran Fallopio anda tersumbat atau tidak.

Sesetengah wanita memerlukan ujian yang lebih lanjut seperti ujian laparoskopi. Ujian ini mempunyai kelebihan berbanding dengan ujian x-ray rahim (hysterosalpingogram) walaupun ianya dianggap lebih invasif kerana seseorang wanita itu perlu dibius di dewan bedah dan pada masa yang sama satu hirisan/ tebukan kecil (lebih kurang 1 cm) dibuat di kawasan umbilikus (pusat) untuk memasukkan teropong (teleskop). Melalui tebukan ini doktor akan meneropong dan melihat organ-organ di dalam abdomen, khususnya untuk mengesan pelbagai penyakit di bahagian pelvik. Keadaan saluran Fallopio dapat dinilai dengan teliti sama ada ia berfungsi atau tidak. Begitu juga keadaan ovari (kilang telur), sama ada normal atau tidak. Sekitaran rahim khususnya di ruang belakang rahim ('pouch of Doughlas') dapat ditinjau melalui teropong laparoskop. Prosedur ini dikenali sebagai laparoskopi diagnostik.

Infertiliti atau Ketidaksuburan adalah gangguan untuk pasangan, dan oleh itu kedua-dua pasangan hendaklah menjalani pemeriksaan bersama-sama.

Sumber : Utusan - 26062011

Monday, June 27, 2011

Berakhirnya Satu Penantian

5:05 PM 13 Comments

Comel kan. Terbau baby smpai ke sini.
Baby ini jadi sumber semangat aku.
Ibu dan bapanya kawan seUiTM aku.
Meke berkahwin pada thn 2004.
Baru kini dikurniakan cahaya mata.
Mereka tak pernah berputus asa.
Berusaha selagi mampu. Dan berdoa setiap masa.
Akhirnya,
penantian telah berakhir.
Allah memakbulkan doa mereka.

Dan kawan-kawan,
mari kita ambil semangat ibu bapa baby ini.
7 thn mereka menunggu, pelbagai dugaan telah dihadapi.
Akhirnya kini mereka tersenyum.

Utk Zainor & Kak Marya, tahniah diucapkan.
Moga semangat dan ketabahan kalian akan menjadi sumber semangat kami.

Gambar dipublish atas izin mereka.
Kredit FB bapa baby comel

Friday, June 24, 2011

Tanda Ovulasi

1:45 PM
CD14 
Check suhu badan. Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Tp paling tinggi di antara hari2 lepas. Sekitar 36.28C sahaja. Bln lepas2 penah menjangkau sehingga 37++.
Bangun pagi ini mmg panas. Mungkinkah ovulasi?
Tp takde plak tanda-tanda mcm ovulasi.
Mari check tanda-tanda sekiranya kita ber ovulasi

• Perubahan mukus serviks. 
Beberapa kajian mendapati bahawa mengesan perubahan mukus serviks adalah cara yang tepat dan berguna bagi wanita untuk meramalkan hari yang paling subur mereka. Apabila kitaran anda berjalan, volum mukus serviks anda meningkat dan bertukar tekstur. Volum yang banyak dan perubahan tekstur menunjukkan peningkatan tahap hormon estrogen dan memberitahu anda bahawa ovulasi akan berlaku dalam sedikit masa. Anda dianggap paling subur apabila mukus itu menjadi jernih, licin dan anjal. Peranan mukus ini adalah bagi memelihara, melindungi dan mempercepatkan sperma dalam perjalanannya naik melalui uterus dan masuk ke dalam tiub falopio untuk pertemuan dengan telur anda. Ramai wanita mengatakan yang mukus yang berlebihan dan berair pada tahap ini sama seperti putih telur.
(takde ni. Salu ada je. Samada aku tak perasan masa semalam2 or else blum lagi. Tp alah.. kalo ada je pun tanda2 ni tak menjadi gak... hurmmmm)

• Sakit pinggang. 
Sebanyak seperlima wanita dapat merasa aktiviti ovulasi, yang merangkumi sakit-sakit dari yang ringan kepada sakit tajam dan menusuk. Ada wanita yang menggambarkannya sebagai "sakit pinggang sebelah" atau keradangan di tempat spesifik. Kondisi ini, bergelar mittelschmerz (sakit di tengah), berlanjutan dari beberapa minit hingga ke beberapa jam. Jika anda perasan sakit serupa pada masa yang agak sama setiap bulan, periksalah kondisi mukus serviks anda juga. Sakit ovulasi boleh menjadi panduan berguna bagi setengah wanita untuk mengetahui ruang subur mereka.
(tp ada gak rasa nyeri cam ni. Rasa mcm period pain yg mild gitu. Mmg tetiap bln berlaku. Tah angin sbb tak makan nasik kot. Tp cam aku ckp kat atas tu, tak menjadi jugaaaakkk....)


• Rasa seksi dan suka memikat
. 
Libido meningkat, perasaan riang dan lebih sosial adalah tanda-tanda yang anda berada di masa paling subur. Anda mungkin sedar akan peningkatan perasaan berahi semasa anda berada dalam fasa ovulasi di kitaran haid anda. Samada berkahwin atau tidak, semasa berada dalam ruang subur wanita suka keluar rumah, terutama ke tempat-tempat di mana mereka boleh bersosial dengan lelaki lain, bergurau dan cuba memikat. Jika berkahwin, anda mungkin sedar yang pada masa ini suami menjadi lebih cemburu dan lebih memberi perhatian.
(err... blum ada rasa lagi pd bulan ini. Tp mggu ni mmg ada plan bercuti. Tp bercuti dgn kawan2. Jadi kalo nak menyeksi pun tidak lah berguna lagi. Haha)

• Kelihatan bergetah, bergetah, bergetah! 
Kajian mendapati bahawa kedua-dua aspek iaitu perasaan berahi dan kecantikan diri iaitu daya-tarik meningkat semasa anda mendekati ovulasi. Kajian baru-baru ini melaporkan yang wanita menyatakan mereka merasakan diri lebih menarik dari segi rupa dan bentuk badan pada masa subur ini. Anda juga akan kelihatan menarik kepada orang lain sebab wanita lebih mengambil berat tentang kecantikan diri semasa mereka subur. Dengan tidak disedari, anda mungkin memilih baju yang menambahkan daya-tarik anda dan lebih berusaha berdandan dan menghias diri; dan wanita kelihatan lebih bergetah lebih hampir kepada ovulasi. Walaupun kita tidak fikir kita juga menggunakan peragaan seksual, seperti terdapat di dunia haiwan, namun, kita tetap menggunakan muslihat feminin kita untuk menarik perhatian jejaka yang utama dalam hidup kita.
(haha. Aku rasa yg atas dgn yg ni sama je kot. Bergetah la pulakkk.. awas! getah2 ni bahaya, kang bleh ter pelanting kan. Teeheee)

• Bau yang membuat lelaki gila. 
Anda bukan saja kelihatan cantik, bau anda juga amat, amat menghairahkan! Adalah didapati bahawa wanita berbau secara lebih menggodakan lelaki apabila mereka dalam fasa ovulasi berbanding masa-masa ruang subur telah berlalu. Anda mungkin menyangka yang tiada siapa mengetahui yang anda sedang ovulasi, tetapi feromon yang sememangnya ada, membuka rahsia.
(Oke. Balik nati ai tanya asben ai oke. Haha)

Bagaimanakah ovulasi menentukan bila saya boleh hamil?
Untuk hamil secara natural, satu telur dan satu sperma mestilah bertemu dalam tiub falopio sebelum telur itu mati. Sesuatu telur itu boleh hidup tidak lebih dari 24 jam selepas ovulasi; kecuali, ia di senyawakan oleh sperma. Walau bagaimanapun, sperma boleh hidup lebih lama dalam salur genital anda (vagina, uterus atau tiub falopio. Adalah didapati bahawa sperma boleh hidup dalam badan anda sehingga tujuh hari. Walau bagaimanapun, sperma mempunyai motiliti terbaik (bergerak pantas, lazimnya mengikuti jalan lurus) dihasilkan apabila seorang lelaki itu secara purata mengeluarkan mani setiap tiga atau empat hari sekali.

Ini bermakna anda tidak perlu menjadualkan hubungan seks tepat pada masa ovulasi untuk menjadi hamil. Adalah lebih realistik untuk bergantung kepada "ruang subur terbuka" selama lebih kurang empat atau lima hari bila sperma hidup dan sihat boleh bertemu telur ovulasi yang baru.

Sumber : babycenter

***
Seriyes. Kadang2 rasa sadis pun ada. Btul. Rasa cam seksa nau perjalanan nak menjadikan seorang manusia lain ni. Penat pun ada. Kena amik suhu. Check BBT. Check ada cecair ke idak. Tertanya2 bila nak bertelur. Lps tu kena plan utk 'bersama' plak. 
Orang lain tu senang je. Cuba tgk bebudak tu. Tak abis sekolah lagi, main pun entah kat mana2. Tp sekali jalan je, trus lekat. Mungkin gak faktor kesuburan kan, umur muda lagi. Tp da dpt anak dibuang2 plak. Haih.
Tp kalo nak kata faktor umur tu tak bleh gak. Ada je org da lebih berumur dari haku yg mudah nya conceive. Kadang derang tak suspect pun. Tetiba. Tupss.. mengandung sudah.
Tp kenapa la aku (kita) ni susah sgt. Byk nau prosedur nak diikutnya. Kan sng kalo main-jadi. Abis cite.

Oke. Aku sedar. Aku mcm da merungut. Tak baik. Sangat tak baik kan. Oleh kerana 'keistimewaan' ni kita kena berusaha. Bukan seme org dapat keistimewaan ni. Kerana Allah bagi keistimewaan ni kerana dia tahu kita boleh hadapinya. Katakan kenapa dia tak bagi je kat si A tu. Si A tu sng je beranak tetiap tahun. Mudah tul, sbb Allah tahu si A tak kuat utk hadapi dugaan mcm ni. Lps tu mesti si A tu pun ada dugaan lain, yg takde plak pada kita sbb Allah tahu si A kuat utk nak hadapi dugaan tu. Kita kena igt takde seorang pun perfect tanpa ada dugaan.
Yang nyata Allah dah tentukan rezeki memasing. Rezeki utk kita juga pasti ada. Cuma belum masanya lagi.

Utk Julie dan Yaya, walau Allah 'pinjam' kan sementara kebahagiaan tu, KakReen harap korang tabah dan kuat. Allah pilih kamu berdua kerana Allah tahu korang kuat utk hadapinya.  Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa terbaik utk kita. Dugaan ini juga menunjukkan Allah igt pada kita. Sabar ya. Allah Maha Mendengar, berdoalah adik adik ku, satu hari Insyaallah dimakbulkan.

Monday, June 20, 2011

Kita Berkongsi Rasa

10:31 PM 28 Comments
Walau jalinan persahabatan kita hanya di alam maya,
walau perkenalan kita hanya dari penulisan,
tp ikatan ukhwah yg terjalin melebihi segalanya.

Sekiranya ada yg menerima berita gembira,
kita turut merasa kegembiraan itu.
Bersama gembira bila mengetahui ada rakan kita telah mengandung.
Turut menumpang suka.

Dan sekiranya ada pula yg menerima berita duka,
kita turut sama berkongsi kesedihan itu.

Buat adik ku (Yaya), tiada kalimah ajaib lain yg boleh diungkapkan selain 'bersabar'
Allah menguji kita kerana Dia tahu, kita mampu hadapinya.
Allah menguji kita kerana Dia tahu, apa terbaik untuk kita.
Allah menguji kita tanda Dia sayang pada kita.

Teruskan berdoa. Pasti ada hikmah di sebalik sesuatu yg terjadi ini.
Betul. Berat mata yang membaca, berat lagi bahu memikul.

Apa pun, hanya kita yg faham perasaan itu.

~ FRIENDS ~

As we walk our path of life,
We meet people everyday.
Most are simply met by chance.
But, some are sent our way.

These become special friends
Whose bond we can't explain;
The ones who understand us
And share our joy and pain.

Their love contains no boundaries.
So, even we are apart.
Their presence enhances us
With a warmth felt in the heart.

This love becomes a passageway,
When even the miles disappear.
And so, these friends, God sends our way,
Remain forever near. 

Author Lisa Pelzer Vetter

kredit : here

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers