Wednesday, August 3, 2011

# cycle day

Aku Redha

Genap 28 hari pasti ia berkunjung tanpa gagal.
Semakin aku berkobar utk TTC, semakin tepat kehadirannya.

Tkpe lah. Kehadirannya menandakan aku bleh mulakan usaha baru.
Mulakan cycle baru.

Datang lah kalo itu yg terbaik utk diri ku.
Cuma aku mohon, janganlah kau kembali pada 10 malam terakhir Ramadhan ini
kerana itu lah peluang setahun sekali untuk ku bermohon bersungguh2 kpd Mu, Ya Allah.

Maksud Firman Allah : “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran pada malam al-Qadar. Tahukah kamu, apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Malam itu malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehinggalah terbit fajar” (al-Qadr : 1-5)

Daripada Aisyah RA : “Apabila masuk malam 10 terakhir Ramadhan, baginda SAW menghidupkan malam dengan beribadah, mengejutkan ahli keluarganya bersungguh-sungguh dan uzlah (menjauhi) isteri-isterinya”. (HR Bukhari & Muslim)

Sabda Nabi SAW : “Carilah malam al-Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadhan”. (HR Bukhari & Muslim)

Aisyah bertanya Nabi SAW :  “Wahai Rasulullah, jika aku mengetahui tibanya malam al-Qadar, apakah yang kubaca ketika itu?” Nabi menjawab : Berdoalah :أللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau suka memberi maaf, maka maafkanlah aku” (HR at-Tirmizi, an-Nasa’ie, Ibnu Majah dll)

kredit : here

Hurmm... utk cycle nak buat usaha apa plak yer.
Last month Jus Perawan, tp bulan ni kena stop sbb puasa - Bila minum Jus Perawan tu kena minum banyak air.
Mungkin kembali dgn buah zuriat la kot.
Penattt.... tp aku redha..

Kredit : here

8 comments:

Nor Suhada said...

kekda,,insyaallah usaha tanpa jemu itu akan membuahkan hasil..amin

eKa said...

TU LA KEKDA...KADANG2, TAK SEMPAT NAK BERANGAN. DIA DAH DATANG BERTANDANG...KENAPA LAH TETAMU TAK DIUNDANG NI MASIH LAGI MENJENGAH.MASIH TAK JUMPA PASANGAN KE...GELAP KOT.TAKPE...NEXT TIME KITA ANTAR BALA TENTERA DGN TORCH LIGHT


BARU PERASAN TULISAN SUME HURUP BESAR.MAKLUM LAH SAMBIL KEY IN DATA MURID SAMBIL BERBLOGGING

Ain Humairah said...

ia selalu dtg saat x diduga.. bila kite x bajet (tunggu dan mengharap ms melakukan jimak) masa tula die bertemu.. mungkin sbb kite lebih relax kot..

cuba lg yer.. sy pun tgh mencube tp skang relax (pantang) lepas mis abortion.

ain @ www.ilebin.blogspot.com

Nana Aris said...

redha jugak!! ;p tunggu rezeki baby raye la plak kite kekda ye =)

eimma's said...

bila tgk org ttc mmg semangat kak nak ttc :)

puanstoberi said...

SU SU :

Tatau la bila nak berbuah nyer Su.. huhu..sobss :(

EKA :

Tp kena kita bersyukur sbb dia menjenguk tpt pada masa nyer. Kalo tak lagi pening kita nak mikirkan nyer. huhu

puanstoberi said...

Qaseh :

Entah, kadang tak mengharap, tp kalo mmg TTC, takkan tak mengharap kan. entahhh...tak retii... buntu... blur... sobss :((

Nana :

Kalo ada.. sobss :(

puanstoberi said...

eimma :

Eh. eimaa tk TTC dah ke??
Awat??? huhu

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers