Genap sebulan selepas IUI.
Dan kalau ikut LMP, my pregnancy is 6week2days
Jumpa doktor.
Appoinment jam 9.30pg.
So, mmg dekat2 kul 9.30 sampai.
Hari ni tenang je klinik.
Bagus.
Alhamdulillah.
Nampak doc Tasha masuk kul 9.30 pagi.
10min later, nama dipanggil.
Debar tahu nak scan. Huhu.
Doc scan, memula nampak "bekas" telur lama.
Eh. Tak ilang lagi?
Corpus luteum ke apa ntah namanya.
If the egg is fertilized, the corpus luteum will begin receiving HCG from the embryo. HCG tells the corpus luteum to keep producing progesterone. The corpus luteum lasts for about ten weeks after ovulation. After ten weeks the placenta takes over progesterone production through the end of pregnancy.
Link : Here
Link : Here
Lps tu carik carik baby.
Tak nampak.
Doktor suruh kencing dulu.
Oh. Ini scan TVS yerp.
Pastu dah kencing, scan semula.
Carik carik, doktor kata kelabu asap je ni.
Huhu.
Tak nampak lagi baby ibu ni. Mana la dia nyuruk.
Haluih sgt lagi ni. Macam ibu n ayah dia jugak.
Spesis haluih.
Ada orang kata kalau 6week dah buleh dgr heartbeat kan.
Tapi, ada orang yg tak dapat detect lagi.
Takpe. Kantung dah nampak. And yg penting bukan ectopic.
Doktor kata next week jumpa balik.Nak tgk.
Sbb skrg kantung pun kecik, maybe baby dalam tu pun kecik.
Kalau kantung besar, baby tak nampak baru dia buleh diagnosis kenapa.
Ish. Takut.
Doktor kata doa..doa..doa...
Bayaran :
Vit D - RM160
Duphaston - RM70
Scan - RM120
Consultation - RM100
Total : RM450.00