Sunday, October 11, 2015

# IUI # kl fertility centre

KL Fertility Treatment : 1DPIUI till 7DPIUI

Selepas IUI, kita mulalah fasa two week wait atau bahasa ringkasnya 2ww
Kalau utk TTC ni, 2ww ni adalah masa yang sangat kritikal gitu.
Hehe.
Esp pada yg buat IUI/IVF.
Seksanya penantian itu. Bebuat tak tahu saja DPIUI, tapi, dalam hati... hihi.
Oh DPIUI adalah - Day Past IUI.


Dimulakan dengan Day0 dimana sperm bertemu dengan ovum.
Kemungkinan sebaik saja IUI dilakukan.

1DPiui - 24.9.2015
Hari raya haji. Kadang2 ada rasa cramp. Hari ni juga start makan duphaston. Waktu pagi sekali dan waktu malam sekali. Lepas makan duphaston ada rasa cramp jugak.
Balik rumah mertua. Tapi tak berani nak makan makanan yang berasaskan pulut like lemang, ketupat palas. Padahal feveret ketupat palas ni.
Lemang lagi la sbb isi dalam buluh kan. Buluh tu tajam. Tak pernah pun orang kata pantang camtu. Tapi, saja berjaga-jaga.
Balik dari PJ, terus tido.
Masih ada sedikit blood stain.
Dah lepas 24 jam dari IUI. Kalau sperm dah bertemu ovum, akan ada fertilization utk hari ni.




2DPiui - 25.9.2015
Jumaat. Still MC.
Lepak rumah. Masak sket. Dah takde blood stain.
Tapi, cramp masih ada. Mild cramp area ari-ari.
Malam tu agak stress. Terus rasa kecewa. Terus macam takde harapan.
Mungkin juga faktor hormon masih tingtong.
Hari ni day 2. Mungkin dalam 2-cell stage.

3DPiui - 26.9.2015
Sabtu. Memang cuti.
Pagi keluar kejap ke Kuang. Lepas tu balik rumah.
Hari ni jerebu teruk.
Cramp dah kurang. Blood stain pun dah takde.
Alhamdulillah.
Kalau ikut ari ni day3. 4-cell stage

Seterusnya menjadi 8-cell stage uncompacted morula
Mungkin begini.


4DPiui - 27.9.2015
Ahad. Pepagi terus rajin nak buat roti. Hehe.
Jadi, buat roti. Lps tu keluar kejap beli bahan nak buat kacang pool.
Oh. Hari ni jerebu sgt teruk. Bacaan area rumah adalah 265.
Hari ni kurang cramp. Stress pun tak. Okay okay je berehat :)
Tapi, pagi dan petang macam nak termuntah. Tapi okay2 je. Takde la rasa apa sangat pun.
Day 4 - eight cell compacted morula.


5DPiui - 28.9.2015
Isnin. Kembali bekerja.
Pagi meeting kat ofis. Petang meeting di Putrajaya.
Sebelum nak pergi Putrajaya tghari tu, nak ambil wudhuk, ada rasa nak termuntah.
Tak berani nak berhigh heel. Pakai flat shoes.
Walau rasa kurang konfiden nak gi meeting pakai flat shoes, tapi buat taktau je.
Mana nak? Nak berhati hati atau nak bergaya? =)
Day5-Early blastocyst.

6DPiui - 29.9.2015
Start makan vitamin Pharmaton Matruelle. Walau utk org pregnant, tapi saja beli dan makan. Biar ada feeling pregnant. Biar kita positive! 
Hari ni day6 - late stage blastocyst (hatching).
Semakin menghampiri implantation.
Ada rasa sedikit senak di bahagian depan. Pastu macam sakit belakang. Tp tak rasa sakit belakang ni simptom dpiui. Ini sebab duk kat kerusi masa ada majlis persaraan kot.
Tapi..hari ni rasa mengantuk sungguh lah. Lepas lunch (hari ni ada jamuan sempena majlis persaraan pegawai) terus rasa lemau. Ngantuk dan tak buleh tahan nak tunggu kul 5pm. Tapi, takkan nak tido plak waktu kerja. Takkan nak lari p tido dalam bilik fail/surau. Me is not like.
Jadi, tahan je lah sampai kul 5pm.
Lps makan malam (myDH siapkan dinner since I felt so lemau. Simple dinner - goreng ikan bilis, ulam kacang panjang n sedikit sambal belacan - eh. tak buleh makan pedas kan..takpe..sket je) terus tido. Ya hampun... ngantuk giler apa hal.


7DPiui - 30.9.2015
Dah 1 week. Tinggal lagi 1 week lagi untuk di countdown (walau hati kata jangan kira..jangan kira.. mana mau nya.. kan?)
Berdebar tau. Mungkinkah implantation sudah berlaku.
Tapi, sebelum nak makan vitamin Matruelle tu, tetiba terbaca doa "Ya Allah, sihatkan lah kandungan ku ini hingga selamat melahirkan". Tak tau kenapa, tapi tetiba terlintas doa itu sebelum makan. Ya Allah, moga benarlah ada embryo yang telah implant.




Seronok tau tgk perkembangan day by day ni.
Tak semua orang ambik tahu pun berkaitan perkara ni. Esp pada yg tak buat fertility treatment macam IUI atau IVF kan.
Tahu tahu dah pregnant.
Selalu tgk utube tentang fertilization, tentang implantation.
Subhanallah, ciptaan Allah memang sempurna dan perfect. Tak tergambar dek kata kata.
Kat sini pun ada detail berkaitan fertilization n implantation.
Link [embryology.med]

Disclaimer :
*Mungkin ada gambar yg tak selari dengan perkembangan sepatutnya.
Perlu google utk rujukan lebih tepat.

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers