Biasanya AF akan menjelma pada hari ini. Atau semalam. Atau CD27 lagi.
14DPIUI penanda aras berakhirnya penantian Two Week Wait.
Yiehuu.
Tidur macam biasa. Tapi terjaga jam 4.30pagi.
Bangun dan terus capai UPT.
Masuk bilik air terus buat test.
Apa pun keputusan kami terima Ya Allah.
Tapi, hati kuat mengatakan positif, positif, positif.
Berdebar debar masa celup test tu.
Berdebar debar masa celup test tu.
Dan tak perlu tunggu lama, terus nampak result.
Kalau ikut step Clear Blue ni, akan keluar line pada control window dulu (yang kecik sebelah tu).
Tapi, yang muncul adalah line + di result window.
Jelas. Terang. Tanpa perlu rasa ragu.
(tapi, masih ragu sbb kat kotak kata kena keluar line control window dulu. Haha)
Beberapa saat baru lah keluar line pada control window.
Tapi, kalau ikut logic, urine lalu result window dulu kan?
Hehe.
Lelaju kejut DH.
Dia pun lagi cam blur blur kan.
Shock. Excited. Semua ada.
After 6 years n 10 months, ini lah kali pertama dapat + line.
Ya Allah....
Tapi, tak mahu terlalu excited. Sbb ada terbaca, kemungkinan boleh dapat + result dari HCG trigger yg kita pernah ambil before IUI dulu. But... itu dah berapa hari dah. Takkan tak hilang lagi kan.
So, we decide utk terus buat Beta HCG Test kat KL Fertility. Tak sabar tunggu siang. Nak call klinik.
Dah habis gigil, shocked apa semua, amik wudhu, terus solat tahajud, solat hajat lepas tu tido balik. Tapi, mmg tak dapek la nak lena kan.
Pagi tu pergi kerja dalam kul 8.30 pagi terus call klinik.
Sebelum tu dah fikir2 cemana nak cakap ni. Haha.
Tapi,bila dah call tahu la cakap cemna.
Nurse terus suruh datang. Buat blood test - beta hcg test.
Sampai klinik, nurse kat kaunter dah kenal pun.
Terus dia ambik buku dan bawak ke dalam.
Ingat kot jumpa doktor hari ni. Rupanya tak. Just buat blood test. Hari ni pun klinik tak ramai orang. Aman damai je.
Nurse bagitahu, result dapat lepas 3 jam. Takkan nak tunggu. So, dia kata takpe, jangan "paksa". Maksudnya jangan lah nak tunggu jugak kan. Nurse chinese. Ikut bahasa dia translate lah kan. But, takpe.. Ai tak kesah. Nurse kat sini semua bebaik sangat. Selesa sungguh.
Nurse tgk gak upt test. Dia kata cam confirm.
Nurse tgk gak upt test. Dia kata cam confirm.
Dia kata boleh balik n nanti dia akan call lepas dapat result. If bacaan tak bagus, kena amik lagi sekali test. Sokay lah.
Lepas tu set appointment untuk jumpa doktor.
Buat bayaran dulu. Person in caj kat akaun tu pun turut tgk UPT. Dia kata confirm ni.
Hehe. Takut tau. Dia kata clear blue biasanya mmg result 100% accurate.
Buat bayaran dulu. Person in caj kat akaun tu pun turut tgk UPT. Dia kata confirm ni.
Hehe. Takut tau. Dia kata clear blue biasanya mmg result 100% accurate.
So, turun kat 4th floor.
Yey! Suka. Kat lab ni kan ada auntie baik hati yg ambik darah.
Masa masuk, dah ada sorang tgh ambik darah.
Sesambil tu dia beramah mesra. Dia patient Dr Prashant. Buat IVF. Dia kata kalau nak buat IVF ambik lah Dr Prashant sbb tangan dia 'miracle'. Hehe. Dia umur dah 40++. Cam orang serani camtu lah.
Takpe lah kan. Itu kepercayaan dia. Bagi kita, cukup bagus kalau dapat doktor muslim dan lebih utama, perempuan. Alhamdulillah. Tapi, kalau takde, kita pun tak kesah kan memana doktor.
Okay lepas tu ambik darah.
Settle. Balik rumah.
Dalam kul 1.00 pm, nurse call.
Dia kata Beta HCG reading dalam 200.
Siap tanya pada dia "confirm lah pregnant?"
Yes, dia kata. Nanti datang untuk appointment je lah.
Ya Allah.. Syukur Alhamdulillah...
Terima kasih Ya Allah.
Sesungguhnya Allah akan bagi bila Dia tahu masa yang paling sesuai utk kita.
Sesungguhnya Allah akan bagi bila Dia tahu masa yang paling sesuai utk kita.
Syukur..syukur..syukur..
Solat zuhur, terus buat sujud syukur.
Solat zuhur, terus buat sujud syukur.
Next appoinment 23hb. Lagi berdebar nak tunggu ni.
Sbb masa tu dah boleh scan.
Apa pun syukur. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
Moga segala urusan dipermudahkan.
*4week1day :)
Kos :
Blood test : RM100.00
Duphaston : RM128.00
Total : RM228.00
Blood test : RM100.00
Duphaston : RM128.00
Total : RM228.00