11 September 2015.
Appointment seterusnya di KL Fert.
1st day period 9hb Sept (9.9.2015 - what a nice date, kan?). So, terus call klinik.
Macamana nak kira 1st day period?
Tu ari nurse KL Fert bagitahu, 1st day period dikira dari hari pertama flow yang sebenar. Mean, bukan masa datang stain stain tu. Biasanya kita datang stain tu dulu, kadang 2,3 hari stain ja.
Itu masih belum dikira cycle baru.Ianya dikatakan cycle baru sekiranya flow sebenar adalah sebelum pukul 5pm.
After 5pm, keesokkannnya baru dikira 1st day.
Wah. Dah macam office hour pulak kira pukul 5 petang kan. Hehe.
So, 9hb tu flow yg sebenar dalam tghari. Terus call klinik beritahu nak proceed IUI.
Dpt appointment on Friday since Sabtu dah penuh.
Khamis Dr. Tasha takde kat klinik.
Jumaat pagi Dr ada operation. Dapat tghari kul 12.30 t.hari.
So, CD3 appointment dengan doktor.
So, CD3 appointment dengan doktor.
Kami sampai awal. Ala, dari ofis memang dalam 10 minit camtu ja.
Dekat sebenarnya. Dari rumah dekat. Dari ofis dekat.
Alhamdulillah. Tapi, dekat pun, kalau mendapat jammed. Hazab juga.
Tapi, takat ni okay lah. Smooth saja.
Duduk tunggu kejap ja. Sebelum kami ada 2 patient masuk dulu. Sokay lah kan.
Lepas tu Dr scan, then dia pun citer2.
Pastu katanya kena ambik darah.
Kita pun cam blur2, kita okay kan je lah.
Bila keluar nurse Siti nak bagi form utk ambik darah.
Me macam rasa depa ingat weols nak buat IVF ni.
Confirm balik dengan nurse Siti - bagitahu dia nak buat IUI.
Ooo... kenapa tak bagi tahu doktor katanya.
Ku ingat depa ni dah maklum since masa buat appoinment dah cakap nak start IUI.
Dr Tasha pun tak tanya. Terus je citer2. Hahahahaa.
But then, okay ja.
Masuk balik jumpa Dr Tasha.
Say sorry. Dia pun gelak2 je. Ye lah.. I ingat nak proceed IVF.
Takpe. Try IUI, lepas tu kena proceed IVF terus tau kalau tak jadi.
Baik doktor.. baik..
Kita doa jadi je lah doktor. Insya Allah.
Lepas tu bayar.
Then nurse Nabila pulak entertain.
Dia bagi ubat rangsangkan telur. Nop. Bukan clomid (before dah ada entry yg KL Fert mmg tak bagi clomid). Hanya 10 biji. Makan utk 5 hari. Namanya Nolvadex (jarang klinik bagi ubat ni. Selalu mmg clomid kan).
Lps tu ubat injection. Namanya Humog. Utk inject masa CD7 n CD9.
Nurse tanya nak buat kat mana. Kalau datang KL Fert pun buleh. Kalau nak buat kat klinik lain pun buleh. Dia siap bagi referral letter. Kalau dulu buleh lah. Pergi panel ja. Now, guna panel insurans payah lah. Kena bayar plak.
Lepas tu ambik darah.
Untuk tgk semula Vit D.
Blood test Vit D ni lah mahal. Ini je dah RM330
Itu je lah untuk step #1 ni.
Start makan Nolvadex bermula 11hb. 2 biji satu hari. Nurse kata makan je sebelum tido since ubat tu kadang2 buat orang pening (update : Lain orang lain effect. Me okay je consume Nolvadex ni. Takde rasa pening.. Alhamdulillah...)
Cost (bermula procedure IUI dan termasuk Vit D blood test) :
Nolvadex (tablet) - RM106.00 (sebiji berharga RM10.60, dapat 10 biji)
Humog 75iu (ubat untuk injection) - RM275.60 (satu dos berharga RM137.80)
Vitamin D Test - RM330.00 (sbb tu hari result Vit D kan tak cantik. So, kena buat semula test)
Consultation - RM100.00
TVS : RM120.00
Nolvadex (tablet) - RM106.00 (sebiji berharga RM10.60, dapat 10 biji)
Humog 75iu (ubat untuk injection) - RM275.60 (satu dos berharga RM137.80)
Vitamin D Test - RM330.00 (sbb tu hari result Vit D kan tak cantik. So, kena buat semula test)
Consultation - RM100.00
TVS : RM120.00
Total : RM931.60
p/s : Masa nurse brief tu hari dia dah bagi tahu kos IUI di KL Fertility adalah dalam RM3,000.00