Thursday, October 8, 2015

# dr natasha # kl fertility centre

KL Fertility Treatment : IUI Step2

18.9.2015
Appointment seterusnya dengan Dr Tasha.

Jap, sebelum tu nak luahkan perasaan sket.
Lately ni byk la google blog2 ttc yg da buat iui.
Hurm. Sesal pun ada sbb tk start dr awal.
Rata2 setahun dua kawen da buat iui 2,3 kali. Tak kira lah umur berapa.
While me...
Dengan selamba ke hulu ke hilir. Pergi treatment kat LPPKN tahun 2010 lagi. Pastu postpone.  Pastu langsung tk sambung. Tahun 2013 g pula kt Dr Hamid, dah operate bagai taknak pulak sambung.
Such a wasting time.
Kalau pergi govt sure la kena bebel.
Tapi dgn doctor Tasha naseb la dia baik n soft spoken je. Cuma kalau buleh dia nak suruh buat ivf trus sbb da lewat.
Takpe lah kan. Let's bygone be bygone. Takyah nk kenang. Allah lebih tahu apa terbaik untuk kita. *smile*

Okay proceed about my appointment. Sebenarnya tgh jadi fasilitator course induksi. Lari kejap pagi tu utk ke klinik.
After 5 days nolvadex n 2x humog injection, doc nak scan.
Appointment jam 9.30pg. Kami sampai jam 9. Parking kt basemen. Naik atas, tggu jap. Masa tu tkde org lg. Ada 2 org je sedang tggu. Mungkin patient doctor lain.
Dalam 10min tunggu, nurse gtau suruh g breakfast sbb katanya Dr Tasha ada prosedur (ada org buat ivf). Dalam kul 10pg dtg balik katanya.
So, kami g mamak jap. Jalan kaki je lah.
Dalam kul 10 gerak balik klinik. Orang da ramai.
Pukul 10.30 masih tk naik nama. Even patient lain pun tk masuk jumpa doktor.  Dgr staff2 duk cakap2 prosedur delay apa seme. Dalam pada tu npk org dtg for 1st time utk jumpa doc Tasha. Hai.. ada tak yg baca blog ni? Bule la kita meet up di situ.  Ewah. Perasan je kau kan.
Dalam 10.50 Doc Tasha masuk.  Tak lama Dr Agilan, Dr Prashant pun masuk. Pakai baju OT. Ada prosedur lah tu.

Tak lama tggu lps doktor turun since weols yg kedua. Patient 1st datang sorang je. Tk bwk suami. Hari Jumaat pun kan. Malas suami dia nak ikut agaknya. MyDH pun dah mula bebel2 sbb lama tunggu n takut tak sempat solat Jumaat.
Masuk - trus scan. Ada 2 telur . Dlm 11mm. Doktor suruh inject humog 2 hari lagi. Which satu terus buat kt klinik hari tu gak. Satu lagi hari Ahad. No choice, have to inject kt memana clinic. Pusrawi maybe. Buat sendiri? Never la. Ini bkn guna pen. Ni guna syringe nk cucuk2, nak campur2 lagi. Mmg depa tk galakkan pun since depa bagi referral letter utk bwk ke mana2 klinik.

Doctor bagitahu maybe ari Selasa or Rabu buleh buat prosedur. Oh, Rabu tu hari Arafah. Mudah mudahan ada rezeki. Kan?
Lps tu nurse Nabila panggil masuk bilik kaunseling. Dia bg injection humog. Sakit la plak kali ni. Pastu bagi referral letter utk cucuk sekali lagi Ahad nanti.
Pastu set time appointment utk scan before prosedur.

Kos kali ini :
Humog - RM275.60
Consultation - RM100.00
TVS - RM120.00
(kalau bayar untuk consultation baru dapat 1hour parking free, if takde consultation fee, tak dapat la free 1 hour parking).
Total : RM495.60

Settle utk hari ni.

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers