Saturday, October 10, 2015

# IUI # kl fertility centre

KL Fertility Treatment : IUI Procedure

23.9.2015 bersamaan 9 Zulhijjah 1436.
Tarikh keramat juga dalam hidup. Juga jatuh pada hari Arafah dimana doa adalah mustajab. InsyaAllah.

Selepas 6 tahun 9 bulan dan 10 hari berkahwin, baru lah kami proceed dengan IUI (bersamaan umur saya 35 tahun 9 bulan 10 hari).
Suppose dah lama buat.
Okay. Tak perlu ingat kisah lama.
Apa yang penting yang di hadapan ini. Future.
Allah tahu apa terbaik.
Jadi, yakin, jalan ini adalah jalan yang Allah tunjuk.

Appoinment utk IUI di set kan pada jam 11pagi.
Tapi, kena hadir awal utk serahkan semen utk di 'wash'.
Husband buat kat rumah sbb dia selesa di rumah.
So, lepas tu lelaju pergi hantar.
Mujur jugaklah esuk dah nak raya haji. Jalan tak berapa jammed. Alhamdulillah.
[cam biasa, guna tips letak botol specimen kat celah peha bagi dia 'warm'. Hehe]

Sampai klinik dalam jam 9.00, hantar pastu pergi breakfast.
Breakfast mamak lah apa lagi.
Tak tau celah mana food court area sini. Macam takde je kan.
So, dalam kul 10 lebih kami naik ke klinik.
Orang makin ramai. Mmg ramai betul lah hari ni.
Appoinment dengan Dr Tasha pun mmg ramai.

Tunggu punya tunggu.
Kena full bladder. Dah full dah nak terkencing plak.
Pergi toilet dulu. Keluarkan. Pastu penuhkan balik.
Tak jugak dipanggil.
Fuh. Dugaan ni namanya.
Kul 11.30 baru dipanggil masuk bilik.
Nurse suruh baring dulu. Sambil tu dia dah bawak masuk peralatan n sperm2 terpilih yang sudah dicuci bersih.
Sebenarnya masa hantar pun dah cakap kat nurse "takpe ke ni, sket je ni"
Nurse kata "takpe. Takde masalah.."
Hehe. Ai is risau. It's not about quantity.. it's about quality, tak gitu.
Tapi, dekat 15 minit tunggu doktor masuk.
Bila doktor dah masuk, cakap nak pergi kencing.
Dia kata, takpe kencing sbb ada history RU. Kalau full bladder nanti dia macam susah nak buat.
Fuh lega. So, pergi toilet dulu. And masuk balik.

Doktor pun agak kelam kabut hari ni since dia nak pergi outstation ke Vietnam. Eh. OS, ke holiday ke tak tahu lah. Yang pasti dia nak p Vietnam.

Bila dah masuk, doc pun datang.
Prosedur dimulakan. Tepat jam 12 tghari.
Sakit. Masa nak pasang speculum mulut itik tu. Ish. Tak suka.
Dia macam speculum buat pap smear tu lah. Tapi masa buat pap smear tu ari tak de  lah rasa sakit sgt. Buat kat klinik ni jugak. Mungkin masa tu lebih rilek.

Doc guna speculum plastik. Disposable speculum kalau tgk kat google image.
Ada orang kata speculum depa steel. So, bila terkena kulit macam sejuk kan.
Kat sini guna plastik.
Bagi orang tak pernah tgk dan tak pernah tahu apa ke mendalah speculum ni dipasang, buleh la google. Kalau tgk gmbr pun rasa cam Subhanallah sangat.

Seterusnya prosedur memasukkan sperm.

Ada catheter panjang utk sedut sperm dan dilepaskan dalam uterus.

Sekejap sgt. Tak rasa apa. Masa ni baca doa mohon zuriat bebanyak kali.
Lepas tu doktor kata selawat (ini lah untungnya doc beragama Islam kan. Dan yg utama perempuan). Lps tu dia masa dah lepaskan sperm, doc minta tarik nafas-lepas. 3x buat camtu.

Lepas tu settle!
Doktor suruh baring dalam 10minit.
Then lepas tu masuk nurse bagi ubat Duphaston utk dimakan esuk hari. Pagi dan petang.
Baring jap. Lepas tu keluar. Gi toilet jap. Pastu buat bayaran.
Kos utk hari ini - RM1,300.00. 

Lps tu ambik MC.
Dapat sampai Jumaat. Utk 2 hari lah kiranya. Hari Rabu n Jumaat. Khamis tu kan mmg cuti hari raya haji.
Dah bayar apa seme ambik gmbr jap ngan Qmie.
Oh ya. Appmt kami sama. Tp Qmie buat TVS utk tgk perkembangan telur dia. Dia nak buat ICSI. OPU (proses sedut telur) akan dibuat pada hari Jumaat.

Balik rumah, baring kat seat belakang.
Tp lagi pening kan kalau baring kat seat belakang.
Mujur rumah tak jauh.
Smpai rumah, rehat. Tp masa nak kencing tak lama pastu tgk ada bleeding.
Trus google. Ada yg tulis, itu adalah normal.

Tk tahu kenapa. Adakah disebabkan speculum. Heharap sbb speculum sbb speculum tu area vagina ja. Tk smpai dalam uterus.
Masa makan duduk atas kerusi kayu. Pun lepas tu macam bleeding gak.
Hari pertama mmg rest.
Dan mak ada di rumah. So, kena lah tolong2 sket mak buat rendang ngan kuah kacang.

Petang tu sempena hari Arafah, banyak2 berdoa.
Solat pun solat duduk (oh, sebelum tu mandi wajib jugak lah. Kena mandi wajib lepas buat prosedur IUI).
Begitu lah pengalaman IUI saya. IUI dengan Dr Nastasha di KL Fertility Centre
Moga ada rezeki kami. InsyaAllah.


(entry ditulis awal. Tapi, tak publish. Saja publish hari ni - genap sebulan dari tarikh IUI)

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers