Blogger Backgrounds

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, October 9, 2015

KL Fertility Treatment : IUI Step3

21 September 2015.

Appointment ketiga untuk IUI. Appointment jam 10.30pagi. Sampai pun 10.30pagi. Terus gi toilet sbb tak tertahan nak terkucil.
Bila keluar je toilet, tengok eh, nama dah panggil rupanya.
Eh. Cepatnya hari ni.

Terus masuk bilik doktor.
Doktor bagi tahu result test Vit D. Alhamdulillah ada peningkatan. Vit D saya dah tahap normal. Yey!. Ubat drop tu sangat kuat ya kesannya. 3 drops per day dah cukup. Baik, lepas ni saya nak berjemur kat matahari. Lepas habis jerebu ni lah. Hehe.

Seperti biasa. Buat TVS.
Telur makin membesar.
Kanan dan kiri. Oh. Lupa pula berapa mm.
Doc kata kita buat test OPK. If positive esuk (22 Sept) buat IUI.
If negative, malam ni kena inject utk pecahkan telur and buat IUI on 23 Sept.
Masa nak pakai kain lepas TVS tu dengar doktor cakap2 ngan myDH. Katanya buat cam biasa je. Pergi hari raya macam biasa. Jangan takut2. Heheee.. Mmg ai takut2 doktor....

Sebab dah buang air sebelum jumpa doktor, susah la nak penuhkan "kantung" nak buat ovulation test kan. Jenuh minum. Pastu terus bagi urine kat nurse.
Dia test, tgk blum O. Harus lah kena cucuk. Huwaaa... dun like.. but have to.
Maknanya IUI on 23 Sept.

Apa ada pada 23 Sept.
23 Sept tu hari Rabu.
Bersamaan 9 Zulhijjah.
9 Zulhijjah adalah hari Arafah, di mana salah satu waktu doa kita adalah mustajab.
Mudah mudahan.

Jadi, kena ambik injection untuk matang dan pecahkan telur.
Hucog 5000
Macam biasa. Ubat tu mesti sentiasa sejuk. Dan bawa lah ke mana-mana klinik untuk inject.
Lepas cucuk - dalam tempoh 36jam telur akan matang dan lepas tu proceed IUI.
Jadi, injection pada 21 Sept 2015 jam 9mlm.
IUI dijangka akan dibuat pada 23 Sept jam 11.00 pagi.
InsyaAllah. Mudah mudahan.

Kos kali ni
RM249.90
Ovulation test strip (clear blue) - RM23.90
Hucog 5000iu - RM106.00
TVS - RM120.00
Kali ni takde dapat redeem 1 hour free parking sebab consultation tak dicaj. Tapi takpe lah. Kejap je pun appointment kali ni. Dalam setengah jam je :)