Friday, June 17, 2011

# debunga kurma

Pemakanan : Debunga Kurma

Selain buah zuriat, skang ni aku terai gak la dgn debunga kurma. Sblm nak citer experience aku menelan pollen tu (the taste is sooo.... errkkk), meh kita 'gali-gali' dulu citer pasal debunga kurma ni.

Selain itu, debunga kurma juga boleh digunakan bagi meningkatkan kesuburan wanita dan lelaki untuk pasangan yang sukar mendapatkan cahaya mata.

Allah s.w.t menjadikan buah kurma cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tiada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau.

Allah pelihara dan memuliakannya manakala pokok kurma mesti disenyawakan oleh tangan manusia.

Di Madinah hanya orang Arab sahaja yang sanggup memanjat dan turun naik ke atas pokok kurma untuk melakukan pencantuman ini.

‘‘Pendebungaan secara manual oleh manusia dengan mengambil debunga jantan lalu diketuk ke mayang pokok betina,” kata Mohd. Rahof.


Tetiba kan mcm tingat cikbedah kita ada wat entry pasal pokok tamar ni. Maka, aku cut sket amik yg berkenaan. Cikbedah, kekda tumpang 'cut' sket ye.

"Gosok pada tangan dan cium," katanya.
"Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam.
"Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s."
"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.

Dan bagai diceritakan aku pun jumpa cara2 derang mensenyawakan kurma ni. Bleh baca sini :


Aku baru amalkan malam dan pagi tadi. Nati nak citer experience meminumnya. Dan rasa mcm aku ada alergik sket la pada pollen tu (tetiba ter baca semula citer kat blog Irtiyah pasal asben dia smpai ke hospital sbb pollen allergy ni - Irtiyah, kalo google 'debunga kurma', blog yu ranking 1st tau. Hihi).

18 comments:

su su said...

su su pernah try.....
tp hubby alergic debunga rupanya..abis bengkak...
mlm tu bekejar ke klinik hu hu hu

DJJ5141 said...

bagus kak...

mmg rasa dia pelik katanya..
macam bau air mani.. ye ke?

tapi, ni adalah petua orang arab.. pasangan yang baru berkahwin, amalkan makan debunga ni...

saya tak dapat2 lagi serbuk ni.. kalau ada, nanti nak try jugak la.. :)

TiNie said...

kat mana beli debunga tu kak?

A*nY said...

a..ahh nak tau gak,,,
dapat/beli mane ekk??

chinta... said...

dapat beli kat mana erk..

CikPuan Fara said...

kak reen, fara pun tgh mencuba debunga kurma. tapi bau dia Masya Allah.. fara campur dengan madu.. lepas minum kena bilas tekak dengan air masak huhuh. fara dgn husband minum sesama. moga ada rezeki kita Insya Allah =)

Fika Ashikin said...

kekda...fika pn bru dpt yg debunga kurma ni..ckgu kat sek bg..tp fika kirim la..blm mkn lg..dorang ckp kena mkn ngn madu eh

puanstoberi said...

SU SU :
Tu la tu..tak seme org leh makan pollen ni. Ramai yg ada allergy. Kak rasa, kak pun ada alergi gak, tp tak kuat la

puanstoberi said...

HIKARI :

Rasa dia tak se best rasa buah zuriat. huhu.

Takde la bau air mani sgt, tp mmg pelik la bau dia. tatau nak kata cena.

Cuba lah Hikari, mana tau... :)

puanstoberi said...

TINIE :

Akak dapat dari makcik akak yg balik dari Umrah

puanstoberi said...

ANIE :

Ada akak citer kat next entry akak :)

puanstoberi said...

CHINTA :

Ada kakreen citer kat nxt entry. Mebi leh dptkan kat kedai2 yg jual2 kurma seme tu

puanstoberi said...

CIKPUANFARA :

Madu pun tak leh lawan dgn rasa dia kan. Huii... ssh ati dibuatnya nak makan menda ni. hihi :D

puanstoberi said...

FIKA :

Dgn madu leh. ngan susu pun bleh.

E K A said...

bagusnya kekda...bila tgk usaha2 kekda n rakan2 seangkatan.

terasa cam...errr apa sgt la usaha aku..tu pun dok ngeluh, dah mcm2 usaha bt tp tak dpt lg

Unknown said...

Ye la kak, ada juga terbaca blog irtiyah pasal hubby dia tu..hehe..kesian + comel pun ada ^_*

Semoga Allah limpahkanlah kurnia & rahmat Nya atas usaha2 gigih kita ^_*

Unknown said...

Ye la kak, ada juga terbaca blog irtiyah pasal hubby dia tu..hehe..kesian + comel pun ada ^_*

Semoga Allah limpahkanlah kurnia & rahmat Nya atas usaha2 gigih kita ^_*

eKa said...

kekda...alergik tu pun menyerang eka la...abes bengkak2 mulut n mata...mulanya igt sbb semut...tp bila eka tak mkn debunga tu, tak pulak kene attck

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers