Wednesday, February 27, 2013

Surah Yassin : Ya Mubin

8:45 AM
Assalamualaikum.
Lama plak tak jot down something here kan.
Dah lama nak share ngan kengkawan sesuatu kat sini.
Tp asik terlupa.

Masa buat aura healing treatment tu hari, ustaz Sardi tu ada bagitahu.
Amalkan baca Yasin 3 malam berturut2.
Bila sampai ayat "Ya Mubin" - pause sekejap dan luangkan masa berdoa apa yg kita nak.
Lepas tu sambung baca.
Ada 7 ayat Ya Mubin pada surah Yasin ni.

Cam aku, aku sesiap tanda dah ayat2 tu. Supaya tak terlepas pandang.

Amalkan.
Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan darinya.

*****
Sebenarnya yours truly dah 3 hari bloated.
Ini mmg angin degil. Sakitnya perut Tuhan je yg tahu.
Asik minum air panas je nih.

Bila update kat FB ada yg kata suh check sbb takut2 ada isi.
Katanya pengalaman dia dulu pun camtu.
Tapi aku tak rasa pun camtu.
Belum seminggu kut dari DPO.
Lagipun byk sgt makan memacam hari sebelum terjadi angin (bloated) tu.
Tapi, kalo betul - Alhamdulillah lah kan.
Tapi, susah nak digunakan teori tu.
Apa pun, Allah tahu apa yg terbaik utk kita.

Friday, February 8, 2013

AF Is Coming To Town

8:15 AM
HoHoHo!
Riang gembira melihat kehadiran mu wahai makcik...
Tanpa gagal. Tanpa delay sedikit pun.

Takpe. Bertenang. Redha.
Belum masanya.

Kira treatment aura tu berjaya lah tu.

Dan tak serasi utk kami.
Walau ustaz tu kata ada yg dgn sekali treatment dah berjaya.
Walau akak aku yg ada fibroid pun dah mula ada perubahan. Boleh dikatakan mula nak sembuh.



Tapi, tidak bagi kami.
Masih bukan rezeki kami.


Ya Allah.....
terkadang mmg perit nak melalui ujian ini.
Bila. Sampai bila. Sampai bila.

"Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia"

Next usaha - berubat kembali kepada perubatan kedoktoran.


****
Pada sesiapa nak tahu cara aura healing treatment atau nak tahu tpt kat mana, buleh la emel saya. Mudah je perubatan dia. Sangat2 mudah. Dan cepat je. Katanya ramai yg dah berjaya. Kakak saya pun nampaknya ada perubahan. Mungkin, pada kami je dia masih 'kebal'. Huhu.

Tak pe lah kan... kita usaha... selebihnya Allah yang menentukan.

Tuesday, February 5, 2013

Tuhan Sedang Menguji Kita

12:52 PM
Sempat beli ini ketika di Pesta Buku 1 Malaysia last week.
Sesuatu yg boleh membantu meningkatkan motivasi diri kita ketika di duga.
Selak helaian pertama .......

Kata-katanya sungguh menenangkan.
Semoga diri semakin tenang menghadapi dugaan ini.

"Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia"

Wednesday, January 30, 2013

Yang Penting Kita Happy

1:35 PM
Hai.
Lama tak menulis d sini.
Hari ni dah 30 Jan. Berlalu sudah Januari 2013.
Apa yg aku usaha aku bulan ni.
Menghabiskan treatment aura healing.
Jumpa Ustaz tu lps abis period tu hari.
Pegi 20hb (nak catat, sbb lupa).
Tgk cemana. Mmg mengharapkan ada keajaiban.

Bulan ni ada makan fast food?
Ada.
Magic la kalo takde (ni pun baru pas mentekedarah Dominos Pizza. Haha)
Pizza, McDonald. McD berapa kali ah. Sekali ke dua kali tah.
Kena catat seme ni supaya senang nak refer.

Hari ni rasanya 7dpo.
Rasa cam awal O tu bulan ni.
Aku tak check BBT pun (temometer abis bateri..kott)
Tp dari tanda white egg.
Agaknya btul la kut. Entah.

Nak mengharap lelebih pun takut juga.
Jadi, skang kita buat pendekatan - wait n see.
Takde apa2, nxt month kita pegi kaedah lain pula.
Yang penting - kita happy..

Thursday, January 17, 2013

Ada Anak - APTB???

12:00 PM
Hey.Hey.Hey..
(lalu terus menyanyi.. hey..hey..hey..hey... aku tak percaya.. cinta.. cinta...)

Heh! Aku tgh menyampah nih. Menyampah ke annoying ke tatau nak kata la. Tp sekitar2 tu la. Tatau la dah penah tulis ke tak dulu. Tp lantak lah kalo nak tulis lagi.
Penyakit kut aku ni. Bagi org lain mungkin tak, tapi kepala otak dan pikiran aku ni mmg tak boleh adapt langsung, mmg tak boleh absorb langsung, kalo org tulis ke cakap ke apa apa je lah yg camgini :
"seronok la korang, buleh tgk tv citer apa jer. Aku ni dah beranak pinak ni takde dah nak tgk tv apa"
"Sejak beranak pinak ni tak sempat dan nak tgk wayang apa pun"
"Sejak beranak pinak ni, mana letak kasut pun tak igt"
"Sejak ada anak ni, rumah tak kemas langsung"
Semua la sejak beranak. Sejak dah ada anak.

Salu nya orang2 camni dia cakap benda2 gini pada sesuatu yg kita boleh buat, tp dia tak boleh buat atau dapat buat. Jadi, bila dia tak dapat buat, anak lah didalihkannya. Supaya nak bagitau kita 'kau takde anak, kau buleh la buat tu semua'. Atau pun kau nak bagi tahu - aku ada anak. Ko takde. Riak?
Engkau yg memang perangai camtu, anak pula di dalihkan. Heh!

Statement kau tu macam menyesal tau. Kau tahu?
Tapi kau tak akan la rasa camtu. Sebab sebenarnya kau tulis tu kau nak kata aku ni takde anak sbb tu kau boleh buat macam2. Tp apa lah gunanya seme tu berbanding ada anak.
Yer. Kelihatannya aku terlalu sensitif. Super Sensitive. 
Tapi bukan semua orang begini. Ada segelintir je. Itu yg menjadi pelik tu. Orang lain ada anak berderet tak pernah pula dalih camni. Hey. APTB la kau ni kan!

Aku tak mahu kata orang camni jeles ngan life kita. Untuk apa pun dia nak jeles. Tapi orang camni sebenarnya nak bagitau 'aku dah ada anak, sbb tu aku ni tak sempat buat apa, aku ada anak, jadi aku tak heran la tgk wayang2 ni. Aku ada anak, aku tak heran la nak pegi snorkeling. Aku ada anak, dan aku jadi alzheimer terus'

Sket2 anak. Sket2 anak. Dah cara lain takde dah nak di compare. Itu je modal yg ada. Utk je lah digunakannya. Jangan riak sgt. Semua tu anugerah Allah. Rezeki dan bahagian memasing.
Orang lain pun beranak pinak. Takde pulak aku tgk camtu gayanya. Takde la pulak banyak sgt dalihnya. Elok je pegi tgk wayang. Elok je bawa anak2 gi snorkeling. Elok je bawa anak2 gi Disneyland. Molek je rumahnya. Takde plak pernah dalihkan dah jadi gemuk, dah jadi alzheimer seme.

Dulu pun, masa bujang pun salu gak kena camni.
Tak boleh la kita cakap sket 'ngantuk nya hari ni'
Sure la kena bambu 'hai.. belum kawen pun asik ngantuk. Hang buat apa'
Ooo... orang dah kawen je lah buleh ngantuk. Org belum kawen tak boleh ngantuk.

Entah la. Nak cakap annoying ke meluat ke apa kang takut terjadi pula pada kita. Tapi kalo tak suka orang buat tu, Insha Allah.. buleh la control diri dari tak buat menda yang sama tu.
Cam soklan "eh... ko dah mengandung?"

Tak pernah la aku tanya soklan tu ke kawan2 lama tak jumpa walo aku mmg nak tahu. Tkpe lah. Biarlah. Aku pernah rasa 'sakit' dan sehingga ini masih 'sakit' dengan soalan tu. Aku tak suka. Dan aku harap, aku juga takkan buat orang camtu juga.

Google
Yer, mmg aku takde anak. Dan aku bubuh gambar anak orang. Bukan cam kau kan.
APTB!!

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers