Thursday, May 19, 2011

# rancangan TV

Drama : Berpaling Dari Jannahmu

Sambil ber FB dlm bilik tetiba my dear kata 'meh tgk citer ni, bes ni pasal dia da 10 thn kawen tak dpt anak'.
Aku pun apa lagi. Berdesup keluar tgk tibi.
Tgk Ogy tgh berdoa. Antara doanya yg aku igt
"Ya Allah..telah 10 thn aku menunggu, kurnia kan lah daku zuriat. Aku bersedia untuk menerima segala dugaan apabila dikurniakan zuriat ni"
Sayu ati. Sebak lak tetiba.

Trus la aku un plug lappy segala, usung bawak ke luar (huhu. igt nak off kan terus. tak jugak...hahah)
Bes jugak la citer tu. Lakonan Ogy Ahmad Daud (isteri), Nasir Bilal Khan (suami). Aku tekan kat info astro tu ada tulis nama Eja. Aku igtkan ada la Eja. Rupanya dia silap tulis daaa..mengong.

Lps doa tu akhirnya isteri ni pun pregnant. Tp si isteri ni rajin mengemas. Tak boleh tgk umah selerak. Tgh sarat pun mengemas jugak.
Dan bila da ada anak pun camtu gak jadinya. Anak dia tak buleh buat sepah2. Main kaler2 tak buleh. Yg bes tu anak dia Mia Sara. Uii..budak comey tu. Yg mmg jadi impian ku untuk dpt gegirl secomel dia. Hihi.
google

Mak dia ni tak la penah pukul. Cuma cam cerewet. Dan si anak pun jadi cam takut. Smpai ada sekali tu dia marah sbb anak dia buat sepah smpai ter cakap 'ada anak susah, takde anak susah'. 
Dan climax citernya bila kawan2 si Mia ni dtg umah. Derang pun kaler2, lps tu tampal sticker kat kusi segala. Apa lagi mengamuk la mak dia. Mak dia marah2. Mia pun lari kuar umah. Dang! kena langgar. Lalu meninggal.

Jadi la mak dia cam meroyan royan. Tak boleh terima anak dia mati sbb kena marah dgn dia. Dan last nya mak dia pun sedar balik yg sikap dia mmg keterlaluan.

Gitu. Citer simple dan mmg cam takde apa. Tapi bagi aku yg kepingin anak byk maksud yg disampaikan dlm citer ni.
Antaranya :
- Allah lebih mengetahui kenapa kita tak dikurniakan zuriat rezeki ini. Mcm citer ni la. Sbb isteri ni seorang yg cerewet. Ada anak lebih menimbulkan masalah utk dia. Jadi sbb tu dia tak dikurniakan rezeki tu lagi.
- Bila dah berjanji dgn Allah, maka hendaklah kita tunaikan. Dlm citer ni, isteri ni da berjanji akan menghadapi segala dugaan, tp akhirnya dia yang abaikan.
- Hargai lah apa yg ada sementara dia masih ada. Sbb kalo dia dah takde kuar air mata darah pun tak guna.
- Sekiranya Allah da makbulkan permintaan kita, maka hargai la sebaik-baiknya. Kerana itu lah kurniaan yg tiada gantinya. Pasti!

Itu saja. Tp mmg terkesan la citer ni. Menyampaikan satu maksud utk kita renungkan bersama :)

11 comments:

A*nY said...

erm,
tak berkesempatan tengok la,
tp, astro biase ulangTYG..
yg penting cite tu ade pengajaran kan, tu yang kite nak TONTON..=)
setiap yang berlaku pasti ade hikmahnya...

papaYA said...

betul tu..

Pasti ada sebab kenapa Allah lambat kurniakan kita rezeki anak.. Yang pastinya, Allah tahu yang terbaik untuk kita..

su su said...

tak tertengok citer nie....comel kan mia kan kekda.......

Suryani said...

ada sesiapa tau lagu dalam drama ni....

Salmi Khairil said...

sy tgk citer nie smlm..mmg betul kata ieda..cerita nie memberi kesan pada kita yang mengalami dan memahami situasi yg terjadi..

puanstoberi said...

Anieshq :
Takpe..nati cuba je tekan2 canel prima tu. sure ada nati

Yaya :
Yups.. dan itu tak perlu dipersoalkan lagi :)

su su :
Yeps... sgt.. nati start mengandung je nak tepek gmbr dia byk2 kat memana tpt yg sng nak tgk. bagi terkenan sket. tp kalo anak lelaki..eh..skali ter comel sgt plak kalo cam dia. teheheh

suryani :
Jap nak igtkan balik. lupa dah. tp lagu berkenaan ibu tu kan

Salmi Khairil :
Kan? walo ending cam hampagas la sket tp ada yg tersirat utk kita :)

E K A said...

rugi tak tgk si comel tu berlakon

puanstoberi said...

Eka :
Tkpe. Harus dan pasti ada ulangannya. tehehehe

Zana Adieyza said...

zana pun tgk citer ni.. lepas tu nangis.. hihihi.. maybe sbb terlalu menghayati..

puanstoberi said...

ZANA :

Akak plg sedih part dia doa lps solat tu. alahai.. menusuk kalbu rasa

Eyzamiel said...

Kak Reen..
cuba tgk entry eyza yg ni.. http://eyzamiel.blogspot.com/2010/04/anak.html

Citer dia lebih kurang sama.. cuma dia tukar anak dia jd girl...

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers