Wednesday, August 31, 2011

Belum Ada Rezeki Lagi

6:10 PM 8 Comments
Salam Merdeka.
Haha.
Time ni pun leh wat entry di sini ya.
Haha.

Saja nak citer jap.
Smlm gi beraya. Umah opah sedara.
Ada yg bertanya berapa tahun kahwin.
Tapi tetiba opah sedara cakap 'belum ada rezeki lagi'

Aku cam eh.. mujur la opah ni awal2 selamatkan keadaan.
Sblm org lain tanya, opah dah bagitau dulu.

Mujur.
Di kala keraguan dan kesebalan di hati sering bertandang.
Masih ada insan yang memahami.

Mekasih opah.


p/s : time aku menaip ni sebenarnya ada kazen dtg. Maleh nak kuar bilik, sbb last 2 year binik dia tanya aku soalan cliche itu. Hari ni maleh nak kuar. Lantakkk....

p/s/s : "makcik" itu tak sesaba nak beraya ngan aku. Bln ni cycle 25 ari je. Bengong tul. Setgh jam b4 berbuka dia berkunjung. Giler. Mujur last day puasa. Dan dgn itu aku kena ganti genap seminggu lah.

Sekian, selamat ari merdeka.

Friday, August 26, 2011

Perasaan Di Hari Raya

11:46 AM 6 Comments
Dalam keseronokan utk berhari raya.
Terselit satu perasaan.
Perasaan yg mmg tak diundang.

Kadang-kadang terpikir utk tidak pergi beraya ke rumah sedara mara.
Kadang-kadang terpikir utk duduk di rumah saja menonton tv.
Kadang-kadang terpikir mahu menyorok saja di dalam bilik sekiranya ada yang bertandang ke rumah.
Dan aku terpikir juga utk tidak turut serta bersolat hari raya.

Hanya kerana aku takde jawapan utk diberikan bila ada yang bertanya
'eh, takde apa-apa lagi ke?'
Aku takde jawapan juga bila mereka bertanya
'bila lagi nak ada anak'.

Aku tak tahu utk memberikan reaksi apa apa.
Kali ni mungkin cukup dengan senyuman sekiranya ditanyakan soalan itu.
Walo sebenarnya perasaan lain yg mengetuk ngetuk hati, yg memungkin mulut memberikan jawapan yang menyakitkan.

Dan aku juga tidak mahu sebal melihat anak2 sedara ku mengendong anak masing-masing.

Kerana ini tahun ke3 kami beraya bersama.
Tahun pertama dulu pun dah ada yg bertanya.
Tahun kedua terselamat kerana aku di Pahang.
Dan kini, aku terpaksa mendepani semula saudara mara ku.

Aduhh... sungguh aku tak suka perasaan ini.
Image : Here

Kerana ini lah. Hari Raya tidak sepenuhnya menggembirakan aku.

Ya Allah..moga dijauhkan aku dari soalan itu.
Ya Allah.. moga doakan saban waktu di bulan yg mulia ini dimakbulkan oleh mu walo aku tahu mmg aku tak ketemu dengan Lailatul Qadr itu.

Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

1:54 PM 6 Comments
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.
Khas buat,
semua kawan-kawan TTC'ians tersayang.
Yang sentiasa memberikan semangat dan sokongan.
Yang sentiasa memahami kegusaran di hati.
Yang sentiasa bersedia berkongsi rasa.
Semoga kita beroleh rahmat dan rezeki dari Allah.

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
Surah Al-Anfal : 46

Monday, August 22, 2011

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul

5:32 PM 4 Comments
Dah byk hari aku berdiam diri.
Hari ni tgk kawan2 blog up citer pasal sorang kanak2 pompuan dalam umo 2 thn.
Memula gmbr dia kat spital.
Tak lama lps tu dpt berita dia dah meninggal.

Aku masuk blog mak kanak-kanak tu.
Terus sebak sgt. Sangat. Sangat.
Mcm kes Norma tu pun, aku sebak.
Tp kali ni aku lebih sebak.
Sbb baby yg dilahirkan begitu comel, membesar begitu ceria, akhirnya disahkan leukimia, seterusnya di jemput Ilahi beberapa hari sebelum kita menyambut Syawal.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Aku baca blog tu, dan dugaan dia lagi berat dari kita, kawan-kawan.
Bila kita baca blog dia, kita boleh katakan dugaan kita ni sgt kecil berbanding dia.
Sblm dugaan anak dia meninggal ni, dia ada dugaan sebelum tu berat juga.
Kalo kita entah buleh entahkan tidak melaluinya.

Ya Allah, aku harap dia kuat.
Dan utk dia, tiada kata 'magic' yg boleh dititipkan selain 'bersabar'.
Allah menduga kita kerana dia tahu kita mampu.
Allah mengetahui apa terbaik utk kita.

Buat kawan-kawan ku semua, yg rasa diri kita terduga kerana masih belum ada rezeki anak, percaya lah, masih ada yg ter duga lebih hebat. Yg mana kalo kita berada di tempatnya, tatau kita boleh menghadapinya.

Al-Fatihah utk adik Dania Emelda - semoga beliau menjadi bidadari syurga yg menanti ibunya di pintu syurga. Aminnn.

Tuesday, August 16, 2011

Trying To Get Pregnant

2:08 PM 5 Comments
Sebelum aku menulis lebih panjang, aku nak ucapkan tahniah utk shbt TTC kita - Mira yg telah pregnant. Suka nye bila tgk UPT test org naik 2 line. Bila lak aku nyer nak naik dabel line eh. Hihi. (UPT pun jarang buat, cena nak ada 2 line??)

How to make love when you are trying to get pregnant in 12 steps

Fertility and pregnancy should not be the only reason for making love. Sometimes it is nice just to enjoy the person you love without the underlying need for a baby.

  1. Take your time. There is no rush to get pregnant no matter how long you have been trying. If there is a rush put on the process, nerves will take over and the relationship can falter.
  2. Do not depend on fertility. Fertility and pregnancy should not be the only reason for making love. Sometimes it is nice just to enjoy the person you love without the underlying need for a baby. This keeps the bonds of love strong in a relationship.
  3. Stay spontaneous. Planning out love making is a part of making a baby, but that does not mean all sessions need to be on paper. Feeling hot one night? Even if you are not ovulating, making love needs to keep that fire and spontaneity.
  4. Spread out the sessions. Making love too often is not better than making love less often. This is especially true if the man in the relationship has a low sperm count. Frequent love making can also cause pain for both the male and female which makes sex no longer fun.
  5. Do it because you want to. If you find yourself making love because the calendar says it's time - you may want to step back and take a month off. Love making is a bonding experience and if either party is just doing it to procreate, the love bond is lost.
  6. Eliminate stress. Stress can wreak havoc on body processes including fertility. Relaxation can be the best thing that ever happened to your relationship and your fertility. And just think, adding in a massage to the love making affair will bring back some of that lust you may be losing trying to make a baby.
  7. Work up to it. Love making is not something that happens in a split second. The process of truly making love can take days. It starts with an exchanged look or a brush of the hand. A kiss on the cheek is followed by a hug and an embrace.
  8. The climax order. Have orgasms. As many as you want. Her orgasm may even help you get pregnant because the cervix dips into the vagina during climax and may pick up some more of the semen.
  9. Never use condoms. Condoms often contain a spermicide that will kill the sperm in semen. Dead sperm are not good for fertility.
  10.  Don't use artificial lubricated (except Preseed):  Lubrication is necessary in some cases, but many artificial lubricants except Preseed contain chemicals which could act as a spermicide and  it should not be used for love making if conception is the goal.
  11. Try deeper positions. There are several love making positions that will allow the penis to ejaculate closer to the cervix. The closer the semen, the less distance the sperm have to travel to reach the egg. The woman on top position is one with the deepest penetration.
  12. Time it just right. While it is important to keep things spontaneous, the timing of love making can make all the difference in fertility. Ovulation predictors can help to give the couple an idea of the best times for fertility. From there, planning a sexy, love making session is easy and can be fruitful.
Kredit : babymed

Monday, August 15, 2011

Tido Dan Nan Hado

1:42 PM 16 Comments
Adeh. Bbtul takde idea nak menulis kat blog TTC ni.
Tatau apsal. Salu tu ada je idea utk update kat sini.

Oh. Apa kabar kengkawan TTC yg lain?

Ada gud news tak?

Hihi. Harap2 bln Ramadhan ni byk la gud news dapat kan.
Mine? Entah ek. Bln puasa ni seriyes malas tul rasa nak "manja lelebih".
Mengantuk terlampau, kuat tido, semenya ada.
Tp bab yg satu itu, malassss.
Abis da malas, acena?
Lps tu bebel bebel lagi kan.

Hurm. Entah ek. Kadang terpikir, org lain takyah nak pening2 nak buat itu ini.
Sng je dpt anak.
Kita ni, alahai...
Igt aku ni kuat sgt ke. Tidak sebenarnya. Tp saja je pujuk hati ni.
Kadang tgk iklan Anmum Materna pun jadi sebak.
Part pompuan tu buh earphone kat perut tu kan.
Kredit : here
Lps tu tgk iklan yg budak2 ketawa tu pun sedih gak. Iklan apa ke tah tu.

Rungsing tau. Apsal la lambat sgt nak dikurniakan rezeki yg satu ini. Aduhaiii. Penat tau. Penat!

Eh. Tak baik la mengeluh. Retu ada la main2 ovulation calendar tu. Buat utk 'try for a girl'. Da siap print pun. Letak kat umah. Try konon nak folo. Tp nan hado.. mana nak hado..asik nak tido je. Heh!
Bleh di dapati di sini - babymed
Aku pun geram dgn diri aku. Tido tido tido. Nak bgn solat tahajud, solat hajat pun susah. Kata seme setan da kena ikat, abih, dtg mana setan ni?? Huhu...

p/s : Harap2 aku dpt gunakan sebaiknya peluang 10 mlm terakhir Ramadhan ini.

Thursday, August 11, 2011

Surah An-Nissa Ayat 147

2:02 PM 3 Comments
Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepada- Nya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).

kredit : Here
****

Ayat yg boleh dijadikan pedoman ketika kita rasa 'down' apabila doa kita masih belum dimakbulkan.

Sesungguhnya AllahYang Maha Mengetahui.

Wednesday, August 10, 2011

Monday, August 8, 2011

Peluang Dengan IUI

10:58 AM 9 Comments

5 kali guna IUI tapi belum berhasil

SAYA berumur 33 tahun, sudah berkahwin hampir enam tahun dan tiada anak. Saya pernah melakukan rawatan IUI sebanyak lima kali tapi tidak berjaya.
Suami dan saya tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan manakala kiraan sperma suami dilaporkan baik.
Saya juga tiada masalah cuma menurut doktor, serviks saya senget dan susah untuk memasukkan sperma ke dalam rahim. Banyak duit sudah saya belanjakan dan kini, saya kesempitan wang, tetapi terlalu inginkan anak.

Doktor menyuruh saya membuat rawatan IVF, tetapi saya tidak mampu. Apakah saranan doktor? 
****

PELUANG kehamilan dengan IUI adalah sekitar 10 peratus bagi yang mengambil pil kesuburan dan 20 peratus bagi yang mengambil suntikan kesuburan, itu pun bergantung kepada penyebab tambahan masalah kesuburan wanita dan pasangannya serta bilangan percubaan IUI terbabit.

Peluang di atas lazimnya benar bagi setiap percubaan sehingga ke percubaan IUI ketiga saja. Apabila memasuki IUI keempat dan seterusnya, peratusan kejayaan IUI dilaporkan lebih rendah dan doktor lazimnya akan menilai semula dengan lebih lanjut kerana mungkin ada faktor tambahan tidak dikenal pasti sebelum itu, lebih-lebih lagi dengan tempoh mencuba yang anda tempuhi.

Jika ia hanya berpunca daripada masalah serviks yang senget, IUI lazimnya dapat membantu untuk hamil lebih awal lagi. Kedudukan serviks senget boleh memberi petanda penyakit tertentu, malah lebih signifikan daripada kedudukan rahim ke belakang.

Anda mungkin ingin berjumpa pakar sakit puan yang mendalami bidang rawatan kesuburan selepas ini. Lebih elok jika anda turut membawa rekod perubatan atau salinan keputusan ujian yang pernah dijalani agar ia tidak perlu diulangi.

Terdapat badan yang memberi peluang bantuan rawatan IVF secara percuma sebanyak dua kali, tetapi hanya setelah memenuhi syarat tertentu dan bergantung kepada kedudukan tabung kewangan yang ada.

Anda mungkin pernah mendengar mengenai Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF). Terdapat juga pusat IVF yang secara amnya menawarkan IVF pada kos yang lebih rendah seperti di universiti tempatan atau hospital kerajaan tertentu. 

**kredit : Metro

  • Persoalannya :Bukan IUI disarankan buat 3x je ke? Ke mmg leh buat banyak banyak kali. Tak silap aku (kalo silap sila perbetulkan), LPPKN pun dia buat 3x je. If tak menjadi mmg dia sajes IVF.

Thursday, August 4, 2011

Down vs Up

9:40 AM 30 Comments

Masih lagi dalam mood down down down sebenarnya.
Lalu ari ni MC (or EL la kut) - dgn meng SMS org opis "sy MC - period pain"

Semalam je terima 2 berita perihal org mengandung.

Yang pertama :
Kawan rapat alam maya - yeps. Kenal melalui board forum je. Start kenal thn 2004 camtu dulu. Dan rapat smpai skang.
Hamil anak ke-3. Kira mmg sebenarnya dia nak tangguh la dulu utk anak ke3, tp da rezeki katanya kan
Apa yg aku pikirkan "mudahnya rezeki dia kan. Dua anak2 yg atas tu, kecik lagi. . Hurmm.."

Yang kedua :
Sepupu. Hamil anak pertama.
Baru tau smlm kat FB sbb tgk org seme duk wish ke dia.
Maka aku pun wish juga.
Betapa gembiranya mereka suami isteri. Dan ramai btul yg wish seolah-olah seme menanti berita gembira ni. Aku pun tumpang gembira.
Kerana - bln Ogos ni genap 4 tahun usia perkahwinan mereka dan ini lah adiah utk mereka.
Apa yg aku pikirkan "sememangnya rezeki itu ada, lambat dgn cepat je"

Tp sebenarnya, dari kedua-dua ni, bohong lah kalo aku kata aku tak rasa apa2. Bila aku wish pada akak XXX (yg berita pertama tu) - Tahniah kak, bohong la kalo aku tak rasa bila la turn aku ni. Deep down in my heart mmg akan ada terasa. Seriyes, kalo aku wish pada org yg pregnant - tahniah, aku sendiri takut pada perasaan aku, dan takut derang ni salah erti tahniah aku. Mungkin derang pikir aku ni terasa ke bila ucap tahniah. Mengong. Seriyes. Aku tak sker amat amat amat perasaan ni.

Tp bila didatangkan pula berita dari sepupu ku itu, maka ia meneutralkan balik perasaan tu. Seolah-olah memujuk aku - ada rezekinya, lambat dgn cepat je. See, tgk sepupu ko tu, lama gak dia tunggu, 4 tahun ya..akhirnya ada pun rezeki. Rezeki Ramadhan plak tu.

Allah Maha Adil. Didatangkan kita satu persoalan, dan akan ada jawapan pada setiap persoalan tu. Pokok pangkalnya kita kena sabar-sabar-sabar.

Aku tak la down sgt. Life must go on and goes well for my TTC too.....! nak down, nak sedih pun apa dapat. Bkn leh tahan2 if dia nak kuar. So, dia datang, datang... dia nak kuar, kuar. Tu mmg telah ditentukan oleh Allah. Jadinya, sabar je lah. Ada rezeki, ada... Allah takkan menzalimi hambaNya. Itu saja. 

So, ada anak, takda anak.... kita enjoyyy ja....!!!






All images are from google with keyword - sad happy girl anime

Wednesday, August 3, 2011

Aku Redha

12:18 PM 8 Comments
Genap 28 hari pasti ia berkunjung tanpa gagal.
Semakin aku berkobar utk TTC, semakin tepat kehadirannya.

Tkpe lah. Kehadirannya menandakan aku bleh mulakan usaha baru.
Mulakan cycle baru.

Datang lah kalo itu yg terbaik utk diri ku.
Cuma aku mohon, janganlah kau kembali pada 10 malam terakhir Ramadhan ini
kerana itu lah peluang setahun sekali untuk ku bermohon bersungguh2 kpd Mu, Ya Allah.

Maksud Firman Allah : “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran pada malam al-Qadar. Tahukah kamu, apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Malam itu malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehinggalah terbit fajar” (al-Qadr : 1-5)

Daripada Aisyah RA : “Apabila masuk malam 10 terakhir Ramadhan, baginda SAW menghidupkan malam dengan beribadah, mengejutkan ahli keluarganya bersungguh-sungguh dan uzlah (menjauhi) isteri-isterinya”. (HR Bukhari & Muslim)

Sabda Nabi SAW : “Carilah malam al-Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadhan”. (HR Bukhari & Muslim)

Aisyah bertanya Nabi SAW :  “Wahai Rasulullah, jika aku mengetahui tibanya malam al-Qadar, apakah yang kubaca ketika itu?” Nabi menjawab : Berdoalah :أللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau suka memberi maaf, maka maafkanlah aku” (HR at-Tirmizi, an-Nasa’ie, Ibnu Majah dll)

kredit : here

Hurmm... utk cycle nak buat usaha apa plak yer.
Last month Jus Perawan, tp bulan ni kena stop sbb puasa - Bila minum Jus Perawan tu kena minum banyak air.
Mungkin kembali dgn buah zuriat la kot.
Penattt.... tp aku redha..

Kredit : here

Tuesday, August 2, 2011

Kita Mampu

9:39 PM 14 Comments
Manusia Itu Diuji Sesuai Mengikut Kemampuan
Sesungguhnya, manusia itu hanya akan diuji sesuai mengikut kemampuannya. Sehebat mana pun sesuatu ujian itu, sesukar mana pun ia di mata kita, percayalah, bahawa kita sebenarnya mampu untuk menghadapinya.
Sebagaimana janji Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah,
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
[Surah Al-Baqarah, 2: 286]

Pengasihkan Allah? Allah itu tidak sekali-kali akan menzalimi hamba-hamba-Nya dengan memberi kita ujian-ujian yang melebihi tahap kemampuan kita. Tidak sekali-kali.
Namun begitu, mengapa ada masanya, perasaan 'tidak mampu' itu muncul dalam diri kita?
Mengapa kadangkala, kita rasa seperti diri kita telah direnggut segala daya dan upaya?

Bacaan seterusnya : iluvislam

*****
Ini lah kata2 hikmat, kata2 sakti yg aku gunakan bila aku mcm down sesgt.
Bila aku mula tertanya-tanya why me? why me?
Mengapa aku yg di duga. Mengapa bukan dia, mengapa bukan mereka? Kenapa aku?

Bukan sejak aku diduga dengan lambat dikurniakan zuriat ni. 
Tp sedari dulu,
sedari aku dapat result kurang baik berbanding rakan2 semasa SPM. Tp Allah Maha Mengetahui, hikmahnya semasa di U - keputusan setiap sem agak cemerlang hingga dpt maintain pointer yg mmg menggembirakan hati.
Sedari aku masuk keja yg menggunakan post diploma saja sedangkan org lain da naik gred. Tp akhirnya Allah bagi juga rezeki aku utk naik gred dengan degree aku.
Cuma yg belum aku temui hikmah (mungkin ada, tapi tak terperasan) hingga skrg adalah bilamana ayah aku meninggal 6 thn dulu. Just that 1. Hingga kini aku masih tertanya tanya kenapa ayah aku meninggal secara mengejut. Mengapa ayah aku?? mengapa bkn ayah org lain sedangkan ayah aku sihat.

Dan jawapan paling meyakinkan adalah -
Allah menduga hambaNya kerana Dia tahu hamba dipilihNya itu boleh menghadapi dugaan itu.

So, kawan-kawan,
Jangan kita rasa diri kita malang kerana dugaan ini, kerana kita adalah insan terpilih.
Yang tabah dan kuat untuk menghadapi dugaan ini.

Jangan sesekali kita rasa lemah dgn dugaan ini, kerana di luar sana ramai lagi yg lebih bernasib malang dari kita.
Yang persiapan rayanya entah bagaimana, yg tidak pernah punya harapan utk berbaju baru di hari raya sedangkan kita ada berpuluh puluh pasang menanti. Yang tidak pernah memikirkan soal kuih raya, sedangkan kita tgh duk pulun menempah kuih itu ini pada rakan2 seopis.
Yang tidak pernah bertukar ganti kasutnya, sedangkan kita belum sempat koyak sudah mengacu acu kasut baru yg sesuai dgn kaki di Vincci, di Primavera.
Yang kehilangan tiga anak sekaligus ditimpa bencana secara tiba-tiba.
Yang baru riang gembira bersama anaknya mlm itu, tp pagi itu tiba-tiba dilanggar bapa secara tak sengaja.
Yang gembira menerima berita hamil, pulak anak yg bakal dilahirkan kembar, tp akhirnya bila smpai masa, ajal terlebih dahulu menjemput baby baby tu.
Yang gembira melihat anak dilahirkan, tp malangnya dia tak sihat mcm org lain.
Yang terpaksa membesarkan adik adik kerana ibu bapa terbunuh dalam kemalangan.
Sesungguhnya Allah lebih tahu apa terbaik untuk kita.
Jika kita pikir, kita malang, ramai lagi di luar sana yg bernasib lebih malang. Untuk seketika, jangan pandang org rezekinya lebih dari kita, kita lihat org yg lebih sengsara dari kita, yg tetap tabah menghadapi dugaannya.

Moga Ramadhan ini akan terus membawa kekuatan untuk kita.
Berdoa dan terus berdoa.

Enjoy The Practice!

11:32 AM 4 Comments
Oh. Ingin berkongsi kongsi dengan rakan2 (yg mana lum tahu lah).
Ini ada web bes jugak. Yg ada citer2 pasal pregnancy, babies etc etc.
http://www.dumex.com.my/

Byk artikel. Yg berkenaan dgn kita tentulah ini.

Amik sket petikannya :
Get your partner involved too!

Of course, how quickly you get pregnant isn't all down to you. Your partner has a very important role to play too! He should try to:

• Stop smoking and avoid any excessive intake of alcohol.

• Reduce too much of caffeine intake.

• Reduce his stress levels.

• Stay away from hazardous work environments: some chemicals can affect his sperm.

• Keep his testicles cool: make sure he's got some roomy, cotton underpants and ensure his trousers aren’t too tight.

• Encourage him to eat well: plenty of fruit and vegetables will provide a wide range of vitamins and minerals including Vitamin C - essential for producing healthy sperm. Foods high in Zinc are good for virility so he should be eating foods such as seafood, meat, eggs, seeds and wholegrain. Lots of calcium rich dairy foods and iron rich red meat and pulses should also be on the menu.

Dan yang penting ini jugak....!

Stay relaxed and enjoy the practice!

The best advice for any couple trying for a baby is to relax and enjoy the practice! Mother Nature often doesn't want to feel rushed or pressurised.

It's a good idea to keep having a fun and loving sexual relationship all month – so you don't begin to only associate sex with making babies and pile the pressure on each other.

Moga kita mendapat manfaat darinya.

Salam Ramadhan kedua dari Kekda :)

Monday, August 1, 2011

Soal Jawab : Ovarian Hyper Stimulation Syndrome

11:49 AM 10 Comments
Tujuh tahun tiada anak


SAYA berumur 33 tahun dengan berat 47 kilogram dan ketinggian 160 sentimeter. Saya sudah berkahwin selama tujuh tahun dan tidak dikurniakan anak. Haid saya sememangnya tidak teratur.

Saya sudahpun melakukan pemeriksaan perubatan sepenuhnya antaranya ultrabunyi pelvis, ujian darah dan HSG. Keputusannya, saya tidak mengalami masalah, begitu juga dengan sperma suami.

Pada 2008, saya melakukan rawatan permanian berhadas (IUI) dan ketika menjalani rawatan, setiap hari perut saya semakin membengkak sehingga ke peringkat terakhir apabila sperma suami dimasukkan ke dalam ovari, saya mengalami komplikasi yang teruk mengakibatkan darah beku di dalam badan dan perut saya membengkak seperti orang mengandung.

Saya juga mengalami kesukaran bernafas dan dimasukkan ke hospital selama dua minggu. Alhamdulillah, saya masih selamat kerana menurut doktor, saya mengalami PCOS peringkat akhir dan hampir meragut nyawa saya.
 
Selepas itu, saya berhenti sementara melakukan sebarang rawatan untuk memberi ketenangan kepada diri sehinggalah pada awal tahun ini, saya berjumpa doktor di hospital lain dan menceritakan apa yang berlaku sebelum ini. Tetapi dia memberitahu saya tidak boleh melakukan apa-apa rawatan kesuburan sebelum saya melakukan ovarian drilling dan kosnya amat mahal iaitu mencecah RM7,000. 

Adakah cara lain yang dapat saya lakukan untuk meneruskan hasrat menimang cahaya mata selain rawatan terbabit? Adakah jika saya melakukan rawatan persenyawaan tabung uji (IVF), komplikasi berkenaan akan tetap berlaku? Apakah pandangan doktor dalam hal ini?

NORA,
Kota Damansara, Selangor

TERDAPAT salah faham mengenai penyakit yang anda alami.

Anda mengalami ovarian hyper-stimulation syndrome (OHSS) sewaktu menjalani rawatan kesuburan pada 2008 itu, bukannya PCOS. OHSS boleh berlaku kepada mana-mana wanita yang mengambil ubat kesuburan, terutama wanita yang mempunyai PCOS terutama dengan berat badan yang kurang.

Mengikut pengiraan, dengan ketinggian anda, mempunyai berat badan sedemikian dikategorikan sebagai ‘berat badan kurang’. OHSS juga dijangka bertambah teruk dengan pengambilan suntikan hCG (hormon pencetus ovulasi) yang lazimnya diberikan apabila saiz kantung atau folikel telur didapati sudah matang dan bersedia untuk diovulasi.

Selain itu, OHSS juga menjadi lebih teruk apabila wanita itu kemudian hamil, lebih-lebih lagi kehamilan kembar. Bagaimanapun, secara realitinya sukar untuk menjangka siapa yang akan mendapat OHSS, yang lebih penting adalah untuk mengenali bila OHSS mula berlaku supaya tindakan selanjutnya dapat diambil
bagi mengelakkan ia menjadi lebih teruk.

Ini termasuk membatalkan kitaran rawatan terbabit, menghentikan ubat kesuburan, tidak memberikan suntikan hCG serta memberi bantuan perubatan bagi mengelakkan kejadian darah beku serta embolisma pulmonari.

Dengan penyataan anda sudah menjalani pemeriksaan awal dan didapati normal, doktor mungkin tidak menyangka anda mempunyai PCOS dan ini hanya diketahui apabila anda berjumpa doktor kedua.

Menerusi sejarah pernah mengalami OHSS teruk dan dengan berat badan anda kini, risiko anda untuk mengalami OHSS pada masa akan datang juga lebih tinggi berbanding wanita lain. Tiada cara untuk mengelakkan OHSS kecuali dengan tidak mengambil ubat kesuburan.

Sekiranya anda mempunyai masalah ovulasi, doktor akan mengurangkan dos ubat kesuburan kepada sekurang-kurangnya separuh saja daripada dos dahulu bagi mengurang–kan risiko OHSS berulang. Anda tidak memberitahu jenis dan dos ubat kesuburan yang anda ambil dahulu.

Sebelum berbincang mengenai jenis rawatan yang sesuai untuk anda kini, anda perlu memberitahu jenis rawatan atau ubat kesuburan yang anda pernah ambil dahulu.

Pembedahan ovarian drilling dapat mengurangkan bilangan cyst ovari yang anda alami, namun risiko OHSS masih boleh berlaku dengan pengambilan ubat kesuburan jika tidak dipantau teliti.

Kelebihan IVF adalah ia dapat mengeluarkan sebahagian besar (atau kesemua) telur matang daripada dalam tubuh anda untuk disenyawakan di makmal bersama-sama sperma suami. Dalam rawatan IUI, sekiranya bilangan kantung atau folikel terlalu banyak, doktor mungkin akan menasihatkan anda bertukar kepada IVF bagi menyedut keluar telur terbabit.

Bagaimanapun, perkara asasnya tetap sama. Langkah pertama yang sangat penting adalah menentukan jenis ubat dan dos yang paling rendah atau selamat bagi anda. Jika tidak, OHSS boleh berlaku, malah rawatan terpaksa dihentikan separuh jalan dan embrio terpaksa dibekukan.

Sekiranya anda sebenarnya tidak mempunyai masalah ovulasi, IUI atau IVF boleh dilakukan tanpa menjalani pembedahan mahupun mengambil ubat kesuburan, cuma peluang kehamilan tanpa ubat kesuburan adalah lebih rendah kerana ia bergantung kepada satu telur saja.

Buat permulaan, anda digalakkan menambah pengambilan makanan berkhasiat bagi meningkatkan berat badan anda. Mungkin anda ingin mendapatkan nasihat pakar dietetik. Berat badan yang berkurangan juga boleh mengganggu ovulasi.

Kredit :
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tujuhtahuntiadaanak/Article/index_html

*** 
Baru aku tau pasal ovarian hyper-stimulation syndrome (OHSS) ni. Kena google lebih ni pasal ni nih.

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers