Masalah senggugut yang teruk
Doktor,
Saya berumur 27 tahun dan baru sahaja mendirikan rumah tangga. Saya ingin bertanya adakah masalah senggugut isteri saya yang teruk akan berterusan selepas berkahwin dan adakah kesannya terhadap masalah untuk mengandung?
Adakah juga ubat-ubatan farmasi atau klinik yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah senggugut ini? Tolong bantu saya.
- Suami risau
Jawapan
Masalah senggugut yang dialami oleh isteri encik kemungkinan tinggi disebabkan oleh penyakit endometriosis.
Walaupun ada sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan senggugut, maklumat yang telah encik berikan membawa kepada diagnosis yang paling ketara merupakan endometriosis.
Dalam keadaan endometriosis, wanita biasanya mengalami senggugut dan mungkin juga sakit bila membuat hubungan kelamin dengan suami.
Kemungkinan organ-organ di pelvisnya telah melekat (adhesion) atau juga tiub fallopiannya boleh tersumbat.
Keadaan endometriosis boleh terjadi kepada sesiapa pun dan kadangkala didapati berlaku di kalangan adik-beradik.
Sebab sebenar terjadinya endometriosis sehingga hari ini tidak jelas walaupun ada postulasi yang mengatakan terjadinya pendarahan ‘retrograde’ ke dalam pelvis yang menyebabkan keadaan ini.
Untuk mengetahui sebab sebenarnya senggugut isteri encik, sebaiknya isteri encik perlu diperiksa oleh doktor pakar sakit puan.
Selain daripada ujian ultrasound untuk melihat jika ada sista (bengkak ovari), ujian leproskopi juga boleh dijalankan untuk memastikan ianya endometriosis dan juga untuk melihat jika terdapat jika tiub fallopian yang tersumbat atau tidak.
Jika diagnosis yang dibuat doktor adalah endometriosis, ubat-ubat tertentu boleh digunakan untuk mengubati keadaan ini dan dia juga digalakkan cepat mengandung.
Sebab-sebab lain senggugut adalah jangkitan pelvis (pelvic inflammatory disease) dan kadangkala disebabkan fibroid terutamanya jenis bertangkai (pedunculated fibroid).
Maka, isteri encik perlu diperiksa secara teliti untuk mendapat diagnosis yang tepat dan perlu diberi rawatan yang sewajarnya secepat mungkin supaya penyakitnya tidak melarat sehingga susah dirawat kelak.

Kredit :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm
*Aku mmg ada senggugut. Tp aku rasa mcm senggugut primer je lah. Sbb ianya hanya sakit pada hari pertama period. Tk pernah berlarutan. Kadang tak sakit. Kadang tahap teruk smpai kuar peluh2 sejuk rasa nak pitam. Masa blaja dulu penah kena dlm dewan kuliah. Dah la masa tu ada kuiz. Sian bff aku masa tu- Juwita, yg kena papah aku balik hostel.
Org kata pas kawen dia akan ok. Oke la sket skang ni. Tkde la smpai tahap peluh sejuk. Tp kadang ada gak rasa cramp.
Tp dari laporan HSG last week ada satu term yg berkaitan dgn senggugut ni. Bukan endo. Seriau juga. Tp rileks je lah. Tunggu jumpa doktor nati. Agak pelik jugak lah sbb aku baca biasanya menda ni terjadi kalo kita pernah buat pembedahan.
Tp aku google juga. Tgk ada je org pregnant walo ada laporan yg sama term nya dgn aku.
Apa pun, aku perlu jumpa doktor dulu baru line clear sket kan.
Apa pun, aku perlu jumpa doktor dulu baru line clear sket kan.
Jadi toksah duk gusar dulu. Meh kita pikir perihal cuti cutian kita Sabtu ini. Yay!
Apa pun KUN FA YA KUN
11 comments:
My diagnosis pun macam ada problem je. Soh my sister tanye kawan dia kat O&G, diorang assume this and that. tapi bila jumpe doctor, dia cakap ok je. Bila dah scan, haaa, ada fibroid and cyst pulak.............
Hi there,
I mmg senggugut teruk..tp as u said laa, bkn sepanjang cycle period tuh..paling lama pon sampai 2nd day..but my problem is tempoh period pendek sgt..paling lama pon 4 hari..paling kejap, 2 hari..risau la pulak..tp I ada fibroid..maybe sbb tuh ke lmbt jugak nk preggy nih?huhuhu..
ada kawan mmg dia segugut teruk plus pengsan2...rezeki dia kawen terus bunting pelamin...apa2 pun kita berusaha jumpa dr....
kakak Fad dulu klu period sampai berguling2 atas katil. kene tidur satu hari,,baru senggugut hilang. Tapi bunting pelamin juga,,betol macam kak reen cakap..KUN FAYAKUN!
eka pun tetamu tetap senggugut.tiap2 bulan.. dari ank dara lagi...mcm22 mkn dok gitu gak.last time doc suggest EPO.tp once stop EPO dia meyerang balik
saya senggugut 3 kali je setahun..entahla..
Papaya :
Err... tp skang da proceed utk buat IUI kan?
ILY :
Hai Ily, thnks sudi drop komen. Fibroid plak kan. Um..ekceli mine pun camtu gak. Sket2 je. Tp betul2 bersih pas ari ke5 atau 6 la.
Su su :
Tu la pasal. Akak ipar akak pun senggugut, tp ada je anak. 3 org dah
Fadwah :
Kan.. tu la pasal. Tp ada la slight poblem kalo senggugut ni ekceli
Eka :
Akak penah gak consume EPO. Tp tak lama la. Tau je la akak ni mmg tak displin kan. hahahah.
Akak telan panadol je kalo teruk sgt. hihi
BnC :
3 kali?? hihi.. cemtu la plak kan
beb,ku xde la bersenggugut teruk time period tp doc pnah diagnosis ku ada endometriosis...ku pon x phm camne...huhu
shah :
Tu diagnosis je kan..tp hakikatnya takde pun kot
Post a Comment