Betapa sedih pun kita dengan ujian ni kawan, kita harus sedar bahawa kita adalah insan terpilih. Siapa yg tak mahu rumahtangganya di sinari dengan kehadiran si kecil. Takde seorang pun mengimpikan untuk tidak mempunyai cahaya mata (tatau la kut kawen mmg taknak anak, tu mmg dasyoottt).
Dulu baru kawen, ada juga ber emel2 ngan sorang kenalan.
Dia kawen beberapa bulan awal. Risau sungguh dia. Mcm da end of d world dia tak mengandung lagi. Jenuh aku nasihatkan, takpe..takpe. Takkk...dia risau jugak.
Sudahnya dia mengandung. Happy dia. Dan aku pun jarang dah berhubung dgn dia. Kenapa? Entah.
Then, ketemu lagi kenalan yg mcm tu jugak. Setiap hari mengadu pada aku perihal kerisauan dia. Kenapa, kenapa, kenapa dan kenapa tak mengandung. Rasa diri tak sempurna. Rasa tak disayangi mertua dsbnya. Yg ni plak kawen beberapa bulan selepas aku. Pun aku pujuk pujuk. Jgn down sgt. Jgn negative sgt. This is not our end of the world. Tapi tak lama pas tu dia mengandung. Mungkin skang dia dah jadi seorang yg positif kut. Hopefully.
Dan kita, yg masih menanti dan terus menanti, dipilih Allah kerana kita kuat kawan,......kita kuat sebenarnya untuk menghadapi, menanti sesuatu tak pasti. Sbb aku terpikir dgn 2 kejadian kat atas. Bukan aku kata aku lebih tabah dari mereka, tp bila aku bersembang, berbual pasti aku yg lebih positif. Bukan la nak kata aku ni mcm good good, idak... tp aku tak mahu 'kekurangan' ni membuatkan aku rasa mcm 'alamak.... cena kalo aku takde anak, alamak.. nati mertua benci, alamak.... nati laki lari dsb nya'. Come on lah. Walo ko terpaksa berhadapan dgn org yg kata ko 'tak pandai main / benih sambang (oh, ini aku tak penah kena, tp kazen aku ada) / tak sharp shooter or sebagainya', kita kena kuat. Bukan kita tak sempurna, tp kita belum merasa menjadi sempurna. Insyaallah, jika bukan di dunia, mungkin di alam kekal abadi sana.
Utk mendapat anak kita tak boleh terlalu stress, tp kadang aku tgk derang tu lagi kuat stress nya dari aku. Atau aku terlebih positif kut. Haha. Entah.
Apa pun kawan, kita kena kuat sbb kita adalah insan terpilih. Dugaan ini menandakan Allah ingat pada kita. Sebenarnya ini pun peluang, sbb makin kita terduga, kita makin ingat pada Allah. Kalo semuanya sempurna, takut kita ter lalai dgn kesempurnaan dari Nya. Allah Maha Mengetahui. Tp tak salah kita berusaha kan?
Terima kasih utk mereka yg sudi berkongsi dan memberikan sokongan :
Mama.Aysh
Mama.Aysh
Yummy Mummy
bet
cikCha
waniaza
Ada yg saya tk dpt link blog dari profile. So, sekiranya mahu di bloglist dlm list 'Mereka Juga Sedang Berusaha', boleh emel pada saya yer. Sharing is caring rite.
10 comments:
terharu nama termasuk sekali..hehehe
kak..setujukkkkk...(asal pi blog orang kira setujuk je..ekeke)
bila kita diberi ujian camni..mmg membuat kan kita lebih positif..lebih bersyukur..dan paling penting..lebih ingat kepada DIA...
tq me-list-kan namaku. hehehe...
just wanna say, Allah menduga hambaNya dgn pelbgi ujian dn dugaan. yakinlah Allah mnduga kita krn DIA tahu kita mampu melaluinya. DIA menguji kita mengikut kemampuan kita. dan DIA bentangkan 1001 mcm cara utk kita harungi ujian tu. InsyaAllah, klu berusaha, redha, yakin dan tawakkal... Allah akn bg ganjaran.
Yummy Mummy :
Yepp...u're most welcome :)
Harus la ada... kita sesama share menda yg sama kan??
CH :
Wess.... mana satu ekau ni CH. Which?? Which?? Wah.. ada nama rahsia yer. i think i know which 1. tehehehehe.. :)
hahahahaha... tu yg gambo budak tecit molot ternganga tu... ai le tuuuu! hehehehehe... nak letak gambo sndrik tak comey, jadik letak gambo anak le jawabnya...
ALLAH telah merencanakan yang terbaik untuk kita...moga hikmahnya
yg tersurat itu kita tempuhi dengan redha...amin
Semoga diri ini juga akan setabah dan sekuat puan...
Ada kalanya macam give up...
Tapi
Ada kalanya macam nak sangat2...
Ada kalanya rase macam untungnya belum ada anak..
Tapi..
Ada kalanya sedih berhari2 tengok anak orang...
Terutama apabila ada insan2 yg mulutnya takde insurans..
Alhamdulillah..hubby sangat supportive..thats more than enough
As salam....nama saya pon de gak..tq
betul la per yg awak ckpkan..saya mmg de perasaan mertua cam benci dan x pedulikan kita...tambah pula SIL br dpt bb slps beberapa bln kawin..yg saya ni berthn kawin pon blm de per2 lg..saya x tau ler hnya perasaan atau mmg kenyataan...
PuanStoberi..
ya.. kita insan2 terpilih yang sedang diuji oleh Allah... dan walaupun kkdg kita menangis tapi kita still kuat... InsyaAllah... kita2 yang kuat ni semua akan dapat cahayamata jg satu hari nnt... Amin...
CH :
Den teka dah..org lain takde lagi tajuk mama kat dpn namanya.. so, ai know la itu u.. hik hiksss..
Su Su :
Btol!
Honeylily :
Sebenarnya dlm tak sedar, awak pun tabah... suma yg hadapi ni tabah sebenarnya.. dun wori.. :)
Bettyshah :
Bet is it?? Sy tk dpt link blog awak rasanya... bleh bagi (kalo tak keberatan) then nati saya boleh masuk dlm bloglist saya :)
Pearl Pink :
Yepp....kita harus tabah... sbb pasti ada yg terbaik utk kita :)
ya...kita insan terpilih...chaiyok chaiyok
Post a Comment